... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 13, 2015

Terima kasih Amir Raja Lawak - Ikon PPDa SKTPP

Majlis pelancaran ikon PPDa SKTPP telah diadakan dengan meriah pada sebelah pagi dan petang. Terima kasih buat Amir Raja Lawak atas kesudian menjadi ikon PPDa SKTPP. Anak-anak murid kami begitu seronok bila dimaklumkan bahawa Amir merupakan ikon PPDa yang akan bersama-sama menyebarluaskan info Benci Dadah kepada masyarakat.
   Majlis yang dihadiri oleh pegawai-pegawai PPD Sepang, AADK serta YDP dan Naib YDP PIBG membuktikan komitmen warga sekolah serta agensi yang berkaitan dalam membanteras dadah. Semoga kemeriahan yang ditimbulkan oleh Amir akan memberi semangat kepada semua murid, guru dan ibu bapa untuk meneruskan perjuangan yang murni ini. Setidak-tidaknya bagi melahirkan murid-murid lepasan SKTPP yang bersih sepenuhnya daripada gejala dadah dan DARIH demi sebuah kehidupan yang berkualiti dan cemerlang apabila mereka dewasa kelak...

Kami Sepakat Membenci Dadah!
Murid ceria melihat telatah Amir
Cikgu Mus membantu Amir menjalankan kuiz PPDa
Murid-murid petang bersedia dengan penuh disiplin
Pegawai AADK melancarkan majlis pada sebelah petang

Lagi liputan majlis pelancaran ikon PPDa dalam blog PIBG SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini dan di sini.

No comments:

Post a Comment