... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 20, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-14 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 20 April 2015
Masa : 1.20 -1.50 petang

Guru Bertugas :
1. Puan Nazahiyah binti  Ab.Rahman
2. Puan Salmi binti Adnan
3. Puan Nor Holwani binti Yahaya
4. Puan Saadiah binti Busrah
5. Puan Azura Farina binti Abdullah
6. Cik Noormazidah binti Husain

Laporan:

1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nazahiyah binti Ab. Rahman
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi)

2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Yani binti Mohamad Shariff )

  • Puan Yani meminta agar murid-murid memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya dapat menepati waktu ketika pulang dari sesi persekolahan iaitu jam 6.40 petang pada hari Isnin hingga Rabu, manakala jam 6.10 petang  pada hari Khamis dan Jumaat.
  • Ibu bapa  juga perlu mengambil langkah keselamatan dan menjaga keselamatan anak masing-masing, jangan gadaikan nyawa anak-anak dengan membiarkan mereka balik lewat.
  • Kebersihan dewan dan persekitaran sekolah haruslah dijaga supaya sentiasa bersih.

3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Nazahiyah binti Ab.Rahman)
  • Puan Nazahiyah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru-guru bertugas.
  • Beliau memberikan info tentang Kepentingan Sarapan Pagi makanan adalah untuk memberi tenaga melakukan kerja. Murid-murid mesti mengambil sarapan pagi sekurang-kurangnya sekeping roti dan secawan susu atau milo bagi mengelakkan sakit perut, mengantuk, mengekalkan fokus dan memberi tenaga untuk melakukan aktiviti di dalam kelas.

Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – mengukus  : memasak atau memanaskan sesuatu
Bahasa Inggeris – house : rumah
Bahasa Arab - Minsyafatun : tuala


4.0  Ucapan PK Petang (Puan Rosmah binti Jamat)

  • PK Petang memberi teguran kepada murid agar menjaga keselamatan diri. 
  • Beliau mengucapkan salam takziah atas pemergian Allahyarham adik Muhammad Haziq Hakimie dari kelas 2 Canang yang telah meninggal dunia pada hari Ahad yang lalu akibat lemas.
  • Beliau meminta agar murid-murid jangan keterlaluan dalam bergurau sehingga membahayakan keselamatan diri sendiri dan rakan sebaya.
Hal-hal Lain

  • Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa - Kelab / Persatuan dan Permainan

Perhimpunan berakhir pada jam 2.10 petang

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh
Puan Nazahiyah  binti Ab Rahman selaku guru bertugas
Pimpinan bacaan doa daripada Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah
Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang
Adik Nuranessa binti Mohd Abdul Aziz
Ucapan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh  Pn Yani binti Muhammad Shariff
Ucapan ringkas oleh PK Petang SK Taman Putra Perdana
Pn Rosmah binti Jamat
 Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Diadakan pada hari Selasa (21 April 2015)
Tahun 1
Pertama : 1 Uranium
Kedua    : 1 Vanadium
Ketiga    : 1 Ferum

Tahun 2
Pertama: 2 Angklung
Kedua  : 2 Nafiri
Ketiga  : 2 Gambus

Tahun 3
Pertama : 3 Respiratori
Kedua    : 3 Surgeri
Ketiga    : 3 Obstetrik

Juara Kebersihan dan Kecerian Kelas Tahun 1, 2 dan 3

Disediakan oleh:
Puan Azura Farina binti Abdullah

No comments:

Post a Comment