Monday, April 20, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-14 (Sesi Pagi)

Guru Bertugas :
1) Pn Julaili bt Onian
2) Pn Azlina bt Mat Isa
3) Pn Nurzainon bt Razali
4) Pn Siti Rabiaah bt Mohammad
5) Pn Rosmizawati bt Yusub
6) Pn Nurul Iman bt Ilyas
7) Pn Ainul Balkhish bt Mohd Aris
8) En Zurilazman bt Abdullah

Laporan /Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
   Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah dipimpin oleh  Husna Aqilah bt Afzanizan (6 Wira) dan Nooraina Adlina  bt Noorisma Khairul Aqmar (6 Waja) manakala bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Iffah Firzanah bt Zuhazmi (6 Wira). Bacaan doa dipimpin oleh  Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira). Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn Julaili bt Onian.

 2.  Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Faridatul Akma

      2.1 Puan Faridatul Akmal mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas sebelum memulakan sesi pembelajaran.
     2.2 Masih terdapat segelintir murid yang membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya di tangga.
     2.3 Murid-murid perlu mempertingkatkan amalan memberi salam terutamanya di sekolah.
     2.4 Beliau juga telah menerima laporan bahawa terdapat  segelintir murid memanjat pokok di hadapan bilik kemahiran hidup. Sekiranya masih terdapat murid yang melakukannya tindakan akan diambil terhadap murid tersebut.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini : Pn Julaili bt Onian

    3.1 Memperkenalkan guru bertugas mingguan.
    3.2 Tema : Kepentingan Sarapan Pagi.  
    Beliau menyatakan bahawa apabila kita bangkit dari tidur, kandungan glukosa dalam badan kita
    berkurangan. Oleh itu, amat penting bagi kita mengambil sarapan pagi yang mudah dihadam seperti roti, koko-krunch dan lain-lain.
       
LAWAD :

BAHASA MELAYU   : mengukus bermaksud memasak atau memanaskan sesuatu

BAHASA INGGERIS : across bermaksud seluruh

BAHASA ARAB         : alghaabatu bermaksud hutan

4.Ucapan PK Pentadbiran - Tn. Hj. Ahmad Fuadi b. Sarham @ Mohd. Dahlan

   4.1 Bacaan Fatihah untuk murid yang meninggal Sabtu lepas; Muhammad Haziq Hakimi (2  Canang). Beliau menasihatkan agar semua murid menjaga keselamatan diri walau di mana jua berada.
   4.2 Memaklumkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijadakan pada 11 - 15 Mei 2015. Murid perlu bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
   4.3 Beliau juga mengingatkan murid supaya tidak meninggalkan sampah di tapak perhimpunan. Ini kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Jadi sekiranya ternampak sampah kita perlu mengambilnya dan membuangnya ke dalam tong sampah.
   4.4 Beliau juga menyarankan murid agar mengambil sarapan sebelum datang ke sekolah sebagai makanan jasmani. Selain itu, badan kita juga memerlukan makanan rohani seperti solat subuh sebelum datang ke sekolah untuk menimba ilmu serta cukupkan solat lima waktu dan membaca al-Quran.
       
Puan Julaili selaku Juruacara Majlis sedang berucap menyampaikan maklumat kepada murid-murid.
Barisan guru yang bertugas pada minggu ini.

No comments:

Post a Comment