... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, April 1, 2015

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang

Pada 28 Mac 2015 yang lalu  telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran bertempat di SK Cyberjaya. Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini SKTPP telah menghantar wakil murid bagi mewakili sekolah  ke  Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang. Antara pertandingan yang disertai oleh murid- murid SK Taman Putra Perdana ialah : 

1) Tilawah Al-Quran Lelaki : Tegku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawaluddin
2) Tilawah Al-Quran Perempuan : Maiza Najwa bt Arbaini
3) Hafazan Lelaki : Muhammad Amir Hanzalah bin Amir Zuhri @ Zul'asri
4) Hafazan Perempuan : Nur Yasmin Damia bt Annis
5) Bercerita kisah Al-Quran Perempuan : Nur Nadhira bt Sutrisno
6) Azan Subuh PPKI : Muhammad Alif Hakimi bin Mazlan

Alhamdulillah, beberapa orang peserta telah mendapat kejayaan. Peserta hafazan perempuan telah berjaya mendapat Naib Johan, manakala peserta tilawah Al-Quran dan Azan Subuh PPKI masing-masing mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan kali ini.

Festival Nasyid pula telah diadakan pada 1 April bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Kumpulan nasyid SKTPP telah menyertai festival ini buat kali pertama pada tahun ini. 12 buah sekolah turut menyertai dalam festival nasyid peringkat Daerah Sepang pada tahun ini. Walaubagaimanapun, kejayaan tidak  menyebelahi kumpulan nasyid SKTPP. Semoga murid-murid akan lebih berusaha pada tahun-tahun akan datang untuk meraih kejayaan dan jadikan penyertaan ini sebagai pengalaman buat mereka. 

Antara gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Peserta MTQ

Hafazan Lelaki : Muhammad Amir Hanzalah bin Amir Zuhri @ Zul'asri

Hafazan Perempuan : Nur Yasmin Damia bt Annis

Tilawah Al-Quran Lelaki : Tegku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawaluddin

Bercerita kisah Al-Quran Perempuan : Nur Nadhira bt Sutrisno

Tilawah Al-Quran Perempuan : Maiza Najwa bt Arbaini


Bersama guru pengiring, Ustazah Asma

Peserta kumpulan Nasyid SKTPP

Persembahan nasyid dari kumpulan Soutul Amal

Disediakan oleh:
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Asma bt Abdul Malik

No comments:

Post a Comment