... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, April 23, 2015

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Pada pagi ini telah diadakan Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit". Program ini  merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-Negeri se-Malaysia dalam memacu masyarakat  ke arah minat membaca sekali gus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini dijalankan SECARA SERENTAK di seluruh Negara pada hari ini berrmula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 10.10 pagi. Proses pelaksanaannya mengambil inspirasi daripada konsep Earth Hour, yang mana pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10 minit.

Antara gambar-gambar  yang dapat dikongsikan sepanjang berlangsungnya program....

Murid-murid membaca di Dewan Perdana dan di dalam kelas.
Guru-guru dan staf SK Taman Putra Perdana sedang membaca buku
Murid-murid menjalankan program Jom Baca di Pusat Sumber

No comments:

Post a Comment