Latar Belakang Hari Jalinan Mesra.
Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.
Objektif
Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.
Antara gambar-gambar untuk dikongsikan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra.
AJK Penunjuk Arah setia menunggu kehadiran para ibu bapa |
Sesi perbincangan tentang masalah pembelajaran antara ibu bapa dan guru |
Bapa penjaga sedang berbincang masalah pembelajaran anaknya dengan Pn Asmawati |
Pn Maimunah sedang berbincang dengan bapa kepada pelajarnya |
Pn Nik Kamisah sedang tekun melayan para ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan anak mereka |
Pn Shurhama berbincang dengn ibu pelajar |
En.Afandi sedang menerangkan masalah yang sering dihadapi oleh muridnya |
En Fakhri sedang berbincang dengan ibu salah seorang daripada muridnya |
Sesi perbincangan bapa dengan guru |
Barisan guru yang menjaga disiplin murid demi melicinkan lagi perjalanan majlis - Tetap Benci Dadah |
Situasi di luar kelas semasa menunggu giliran untuk mengambil buku rekod |
Pn Azura sedang tekun mendengar penerangan ibu muridnya |
No comments:
Post a Comment