Friday, May 22, 2015

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran semenjak hari itu.

Objektif Hari Guru
1. Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyrakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Gambar sekitar majlis Sambutan Hari Guru dengan tema "Back To School"...

Guru berkumpul di laluan Patriotik untuk acara perarakan
Wajah-wajah ceria meraikan sambutan yang bertemakan "Back To School"
Suasana di Dewan Perdana
Guru-guru bergambar kenang-kenangan
Guru-guru SKTPP dengan simbol benci dadah
Pn Rohadah selaku guru besar memberi ucapan sempena hari guru
Barisan guru Pra dan PPKI
AJK PA sistem SKTPP yang berdedikasi
Barisan guru dengan memakai uniform sekolah
Guru-guru lelaki yang lengkap berpakain seragam sekolah
Aksi ceria Pn Guru Besar dan guru-guru.
Murid dewasa  penuh bergaya dengan seragam masing-masing
Gaya seorang pengawas dan murid MRSM
Sir Saifullah sedang menerima hadiah hari guru daripada murid
Antara hadiah yang diberikan oleh murid kepada Cikgu Afandi

Persembahan dari guru-guru PPKI dan Prasekolah

Antara persembahan yang menarik daripada guru-guru SKTPP
Guru-guru SKTPP menunjukkah bakat terpendam dalam Tarian Endang

No comments:

Post a Comment