Sabtu, 30 Mei 2015 telah berlangsungnya Program Sinergi Ilmu (Sifar Linus) bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Program yang mensasarkan penglibatan para ibu bapa murid linus untuk suatu perkongsian ilmu yang sangat berguna ini telah menampilkan penceramah hebat, iaitu Pn. Rosmimah Embi.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul di samping memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) seawal tahun 1. Penguasaan awal penting bagi mengelakkan murid keciciran dalam pelajaran.
Sepintas lalu, latar belakang penceramah hebat Pn. Rosmimah Embi.
Beliau merupakan Guru Sumber Bahasa Melayu dan juga Guru Sumber Pendidikan Khas serta penceramah untuk penguasaan asas 3M, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau juga memiliki Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Malaya (2003). Pencapaian beliau;
- Guru Inovatif Kumpulan Negeri Selangor
- Anugerah Khas PPD Hulu Langat
- Guru Pemulihan Cemerlang Kebangsaan
- Guru Inovatif Individu Negeri Selangor
- Guru Serbadaya Kerajaan Negeri Selangor
- Guru Cemerlang Akademik PPD Hulu Langat
- Jurulatih Utama (JU) Kebangsaan Program KIA2M, PROTIM, PROBIM, Pemulihan Khas, Literasi dan i-Smart
Adalah diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman beliau dapat dimanfaatkan bersama oleh para ibu bapa dan guru yang hadir pada program hari ini.
hebakk..Salam Ziarah dari SKTBT
ReplyDeleteTeam SKTBT mesti tak kurang hebatnya...
DeleteTapi.. penceramah ni memang hebat!!