... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, May 30, 2015

KEM KECEMERLANGAN & JATI DIRI (KENDIRI) dan MAJLIS SOLAT HAJAT ( Anjuran bersama AADK Daerah Sepang & PIBG SKTPP)

Pada 29 & 30 Mei 2015 yang lalu, seramai 188 orang murid Tahun 6, SK Taman Putra Perdana telah berpeluang menyertai Kem Kecemerlangan & Jati Diri (KENDIRI). Program berbentuk motivasi ini telah diadakan di SK Taman Putra Perdana.

Program anjuran bersama AADK Daerah Sepang dan PIBG SK Taman Putra Perdana ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh 10 orang perunding motivasi dari Exact Training Consultant yang diketuai oleh Ustaz Afandie.
  
Untuk makluman, objektif program ini diadakan ialah;
  1.  Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan.
  2. Murid dapat mengetahui keperluan sebagai seorang hamba Allah untuk memohon hajat serta pertolongan daripada Allah. 
  3. Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
  4. Merapatkan silaturrahim antara murid, guru, ibu bapa dan masyarakat.

Berikut aktiviti yang telah disusun atur untuk para peserta selama 2 hari dan 1 malam program ini berlangsung; 

Hari Pertama
29 Mei 2015 (Jumaat)
  • Aktiviti Kem (EXACT TRAINING CONSULTANT)
  • Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin serta Ceramah Ibu bapa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek (Anjuran AADK Daerah Sepang)
 Hari Kedua
30 Mei 2015 (Sabtu)
  • Aktiviti KEM (EXACT TRAINING CONSULTANT)
  • Majlis Penutup


Suasana ketika sesi pendaftran
Antara peserta Kem KENDIRI

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Ibu bapa.

Pada malam Jumaat 29 Mei 2015, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana, satu sesi khas untuk ibu bapa telah diadakan iaitu Majlis Solat Hajat dan Ceramah ibu bapa. Selain ibu bapa dan guru, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Sharum bin Mohd Sharif, Adun N55 Dengkil. 

Majlis bermula dengan Solat berjemaah Maghrib, diikuti dengan bacaan Yassin yang diketuai olah Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin. Usai bacaan Yassin, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah pula diadakan. 

Kemuncak program pada malam tersebut ialah ceramah ibu bapa, anjuran AADK Daerah Sepang yang disampaikan oleh penceramah tersohor, iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek.

Penceramah, Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek

Dalam ceramahnya, Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah berpendapat punca berlakunya semua masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, merokok, pembuangan bayi dan sebagainya disebabkan tewasnya diri menahan hawa nafsu. Oleh itu beliau berpesan kepada hadirin agar berusaha dan berjihad menentang hawa nafsu dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam, sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku anak-anak kerana anak-anak tidak mengikut apa yang ibu bapa katakan tetapi mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa agar tidak menjadikan tingkah laku buruk anak orang lain sebagai bahan umpatan kerana dibimbangi apa yang yang diumpatkan akan berlaku pula pada anak-anak sendiri. Justeru ibu bapa perlu menunjukkan sifat dan contoh teladan yang baik terpuji dan role-model yang terbaik bagi anak-anak.

Sesi ceramah berakhir dengan soal jawab antara penonton dan penceramah. Antara soalan yang diajukan oleh penonton ialah hukum merokok di sisi agama, hukum berwuduk memakai seluar pendek dan cara meningkatkan usaha untuk belajar.


 Suasana sekitar Majlis Solat Hajat dan Ceramah Ibu bapa


Majlis Penutup Kem Kecemerlangan & Jati Diri (Kendiri)

Tepat jam 11.50 tengahari, berlangsungnya Majlis Penutupan Kem Kecemerlangan & Jati Diri (Kendiri).  yang telah disempurnakan penutupannya oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu NegaraKu dan alunan zikir.

Sebagai mukadimah, Pn.Hajjah Rohaidah mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan kakitangan Exact Training Consultant yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Beliau merasa gembira kerana selama 2 hari 1 malam program ini dilaksanakan, beliau tidak mendengar sebarang rungutan samaada daripada fasilitator, murid-murid mahupun ibu bapa.

Berhubung dengan kehadiran para peserta, jumlah kehadiran murid-murid ke program ini agak memberangsangkan dan beliau berharap agar kehadiran mereka ke program ini dapat memoticasikan mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR akan datang. Beliau berharap agar para peserta dapat mengharungi cabaran-cabaran akan datang dengan lebih baik. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Afandie di atas kepimpinannya yang cemerlang.

Sebagai penutup ucapan, Pn. Hajjah Rohaidah berharap agar semua murid SKTPP sama ada yang hadir ke program ini atau tidak, lebih fokus terhadap tanggungjawab sebenar sebab mereka hadir ke sekolah. Jika mereka berusaha dengan tekun, tiada yang mustahil untuk dicapai.

Semasa berlangsungnya majlis penutupan ini, turut diadakan majlis penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta.Ustaz Afandie turut mengumumkan 3 kumpulan terbaik daripada 18 kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan modal sebanyak 300 mata. Setiap kumpulan ada tambah dan susut nilai. Contohnya, jika ada ahli yang mengalunkan azan, akan diberi tambahan nilai dan jika ada ahli yang melakukan kesalahan pula, maka nilainya akan ditolak

Tempat Pertama : Kumpulan Cemerlang (1650 markah)
Tempat Kedua   : Kumpulan Potensi (1320 markah)
Tempat Ketiga   : Kumpulan Gemilang (1310 markah)

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.



Semoga kehadiran para peserta akan memberikan seribu satu pengalaman yang berharga kepada mereka. Seterusnya memotivasikan mereka untuk lebih fokus dalam pelajaran dalam meniti hari-hari yang semakin hampir menuju ke arah matlamat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

" Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan".

Beberapa keping foto untuk tatapan pembaca blog SKTPP.


Orang kuat Exact Training Consultant...Ustaz Afandie

Airmata kesyahduan.....
Menangis ke mengantuk dik..?!!!!
"Kami Benci Darih"
Senaman pagi...

Disediakan oleh:
Nor Azian binti Ahmad

No comments:

Post a Comment