... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 11, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-17 (Sesi Petang)



Hari : Isnin
Tarikh : 11 Mei  2015
Masa : 1.20 - 1.50 petang

Guru Bertugas :
1. Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
2. Puan Suriyana binti Nanyan
3. Puan Nor Arzah binti Hussin
4. Puan Nor Azean binti Ahmad
5. Cik Roslinda binti Mansor
6. Puan Yusnita binti Yunus
7. Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

Laporan:
1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

·                     Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
·                     Bacaan doa dipimpin oleh Adik Arif Arfan bin Abd. Razak
·                     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Yusnita binti Yunus
·                     Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz

2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Fadhilah binti Talib)

·                     Beliau  mengingatkan agar murid-murid menjaga kebersihan kelas
·                     Beliau meminta murid-murid agar tidak berlari-lari di dalam kawasan sekolah.

3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Yusnita binti Yunus)
·                     Puan Yusnita memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru-guru bertugas.
·                     Beliau memberikan info tentang Kepentingan menepati masa.

Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – ditutup : dikatup
Bahasa Inggeris – court : gelanggang
Bahasa Arab – sa’aidatun : bahagia

4.0 Penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

Tahun 1
  • Pertama – Uranium
  • Kedua – Titanium
  • Ketiga - Vanadium
Tahun 2
  •  Pertama – Angklung
  • Kedua – Tabla
  • Ketiga – Gambus
Tahun 3
  • Pertama – Surgeri
  • Kedua – Respiratori
  • Ketiga - Obstetrik
5.0 Ucapan Guru Disiplin

·                     Beliau menegur murid yang berambut panjang agar memotong rambut mereka. Tempoh selama 2 hari diberikan kepada murid untuk menggunting rambut mereka.

5.0  Ucapan PK Petang (Puan Rosmah binti Jamat)
·                     PK Petang memberi teguran kepada murid agar menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
·                     PK Petang mengingatkan pelajar yang rambutnya panjang agar segera menggunting rambut mereka.
·                     Beliau juga mengingatkan murid supaya ibubapa sendiri yang menghantar mereka ke sekolah bukannya menyuruh kakak atau abang yang tidak berlesen menghantar mereka ke sekolah.
·                     Beliau juga mengingatkan murid agar memberitahu ibubapa mereka untuk mengambil mereka tepat pada waktunya.
Murid sedang mendengar ucapan guru bertugas

Antara pemenang kelas terbersih
 
Murid mendengar ucapan PK Petang          

No comments:

Post a Comment