Pada tanggal
30.5.2015 bersamaan hari Sabtu, satu rombongan yang terdiri daripada 80 orang pelajar dari Persatuan TKRS, Pengakap, dan BSMM Sekolah Kebangsaan Taman Putra
Perdana telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan dan Hidupan Liar di Lanchang, Pahang Darul Makmur. Rombongan ini telah diketuai oleh En. Jamillulail dan juga
telah disertai dan diiringi oleh guru kelab iaitu En. Rusydan, En. Zunaidi, En. Fadzli, Pn. Norhayati, Pn. Norhafiza dan En. Fakhri.
Rombongan pelajar ini telah bertolak dari SK Taman Putra Perdana pada jam 8.00 pagi dan tiba di Kuala Gandah pada jam 10.30 pagi. Rombongan telah dibawa ke tempat pemuliharaan rusa terlebih dahulu, bagi menyaksikan bagaimana rusa diternak dan dipelihara di dalam kawasan hutan. Pelajar begitu teruja menyaksikan sendiri binatang-binatang berkenaan dan mengambil peluang untuk memberikan sendiri rusa berkenaan makanan yang telah disediakan. Pada kesempatan ini pelajar telah mengambil gambar dan berselfie bersama rusa-rusa berkenaan. Di samping itu juga, terdapat binatang lain yang di dalam taman ini seperti ular sawa, ayam belanda, burung merak, itik liar, monyet dan lain-lain lagi. Seterusnya pelajar menikmati jamuan tengah hari di taman rusa berkenaan.
Pada jam 1.00 petang, pelajar seterusnya melakukan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang mana lebih kurang 5 km sahaja dari pusat dan penternakan Rusa. Pelajar dibawa melawat keseluruhan tempat pemeliharaan gajah berkenaan dan diberi penerangan berkenaan dengan proses penangkapan, pemuliharaan dan penjagaan gajah-gajah berkenaan. Pelajar diberikan peluang untuk memberikan gajah-gajah berkenaan makan dengan tebu dan pisang yang disediakan. Namun apa yang menariknya ialah pelajar bersama-sama memandikan dan membersihkan gajah di mana pelajar-pelajar dibawa ke dalam sungai untuk memandikan gajah-gajah berkenaan. Peserta rombongan yang terlibat begitu teruja dengan peluang yang diberikan dan terpancar wajah keriangan dan keceriaan pada diri setiap peserta.
Pada jam 4.00
petang pelajar mula bergerak pulang ke SK Taman Putra Perdana dan tiba di
sekolah pada jam 9.00 malam lewat 2 jam dari waktu yang sepatutnya. Hal ini disebabkan
oleh kejadian yang tidak diduga apabila bas yang dinaiki rosak di tengah jalan
dan setelah dibaiki Alhamdulillah, peserta rombongan telah selamat tiba di
sekolah SK Taman Putra Perdana.
No comments:
Post a Comment