... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 8, 2015

Naiktaraf Peparitan Kabin - PPKI

Terima kasih diucapkan kepada JPN Selangor atas peruntukan menaiktaraf sistem peparitan di bilik darjah kabin dan bilik PPKI. Kerja-kerja tersebut meliputi membina longkang baharu sekeliling kabin dan menghala ke longkang utama di luar pagar, meninggikan longkang sedia ada, membuat salur tangki septik bawah tanah, gutter, down pipe, kaki lima skirting sekeliling kabin dan kerja-kerja tanah yang lain. Pihak sekolah dan JPS amat berpuas hati dengan kerja-kerja kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya ini telah menyelesaikan banyak masalah yang tak pernah habis melibatkan peparitan di kawasan tersebut. Semoga anak-anak murid akan dapat belajar dengan lebih selesa pada masa depan.

    Diharap pihak sekolah akan mendapat peruntukan selanjutnya daripada pihak JPS dan PPD untuk mengatasi masalah kebocoran bumbung tandas PPKI yang tidak dapat ditampung oleh projek naiktaraf kali ini. Apapun terima kasih. Pihak sekolah akan meneruskan permohonan bagi memastikan fasiliti untuk anak-anak kita belajar sentiasa terbaik..

Longkang baharu menghala ke longkang utama di luar pagar

Longkang dan skirting baharu

Pegawai JPS mengukur semula





Tangki septik disambung dengan saluran bawah tanah baharu



Gutter dan down pipe baharu

No comments:

Post a Comment