... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 25, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu 19 (Sesi Pagi)

Hari         : Isnin
Tarikh     : 25 Mei 2015
Masa       : 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas :

1. Encik Tarmiji b Sabali (Ketua)
2. Puan Nor Hamizah bt Hamzah
3. Puan Halimatun Saadiah bt Hassan
4. Puan Norli bt Hassan
5. Puan Noorhana bt Nordin
6. Puan Norhayati btYusof
7. Puan Hazliza bt Said

Laporan:
  •  Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa dipimpin oleh Adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norhafiza binti Ismail
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi pagi Adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi
2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nor Hafiza bt Ismail)
     
1.       Beliau memaklumkan mengenai lokasi baru bilik PPDa.
2.       Beliau juga memberi teguran terhadap murid-murid yang suka bermain di kolam berhampiran bilik PPDa supaya tidak membuang sampah ke dalam kolam tersebut.
3.       Beliau turut mengingatkan agar jangan melakukan vandalisme terhadap mesin air minuman dengan memasukkan benda asing seperti batu ke dalamnya.

3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Nor Hamizah bt Hamzah)

1.       Puan Nor Hamizah bt Hamzah  memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
2.       Beliau memberikan info tentang  tema mengisi masa lapang yang bermaksud masa terluang atau senggang.
3.       Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti membaca buku atau mengulangkaji pelajaran terutama murid Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
4.       Elakkan daripada melakukan perbuatan tidak berfaedah seperti mengusik kawan atau bermain. Perkara yang sama perlu juga dilakukan di rumah dengan membantu ibu bapa.

4.0      Pertandingan Kebersihan Kelas

PPKI

1.       Kelas Dell
2.       Kelas Compaq
3.       Kelas Levono

Tahun 4

1.       Kelas Pluto
2.       Kelas Uranus
3.       Kelas Utarid

Tahun 5

1.       Kelas Theta
2.       Kelas Omega
3.       Kelas Alfa

Tahun 6

1.       Kelas Waja
2.       Kelas Wira
3.       Kelas Myvi
  
5.0  Penyampaian Hadiah Kuiz Sempena Hari Guru

Tahun 4

1.       Norkamarul
2.       Nor Aina Natasha
3.       Muhd Azrul
4.       Mohd Arif Akmal
5.       Puteri Nur Syafiqah

Tahun 5

1.       Mohd Izhan
2.       Nur Yasmin Atiqah
3.       Nur Ain Hazirah
4.       Ahmad Izudin
5.       Mazlina

Tahun 6

1.       Syamimi
2.       Nur Yasira
3.       Nur Afriana
4.       Liyana
5.       Nurin Syafiqah

6.0  Sambutan Hari Lahir Guru

1.       Pn. Hasliza
2.       Pn. Jamuna
3.       En. Shahrizal
4.       Pn. Norhafiza
5.       Pn. Nurul Huda
6.       En. Tarmiji

Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – mengasak : mendesak
Bahasa Inggeris – birthday : hari jadi
Bahasa Arab – Ukaddirul: mendatar

7.0  Ucapan Guru Besar ( Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali)

1.       Beliau mengingatkan murid supaya memastikan kehadiran ibu bapa masing-masing pada Hari Jalinan Mesra iaitu Khamis ( 28/5/2015) serta pembayaran sumbangan PIBG boleh dilakukan pada hari tersebut bagi mereka yang belum menjelaskan sumbangan tersebut.
2.       Beliau mengucapkan terima kasih di atas sambutan yang menggalakkan pada Hari Guru Peringkat Sekolah tempoh hari. Sesungguhnya guru-guru amat menghargai ucapan-ucapan selamat yang diberi oleh anak-anak murid dan menjadi semangat kepada guru-guru untuk menjalankan tugas dengan lebih dedikasi.
3.       PPDa pada tahun ini adalah berkonsepkan terminal airport dan sekolah telah menerima surat penyertaan serta sijil penghargaan selaku calon Daerah Sepang ke pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor daripada PPD Sepang. Kerjasama semua murid, guru dan ibu bapa amat diperlukan untuk memberi persembahan yang terbaik agar kita akan beroleh kejayan cemerlang.

 Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi pagi Adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi

Antara barisan guru-guru bertugas mingguan

Antara pemenang kelas terbersih mingguan

Antara barisan pemenang Pertandingan Kuiz Sempena Hari Guru

Sambutan Hari Lahir Murid bulan Mei

Murid-murid sedang khusyuk mendengar ucapan guru bertugas

Puan Guru Besar sedang memberikan ucapan

No comments:

Post a Comment