... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 8, 2015

Majlis Penghargaan Program The Champion Kali-1 Tahun 2015

Majlis Penghargaan Program The Champion telah dilaksanakan pada pukul 7.40 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah Bt Mohd Ali telah menyampaikan cenderamata kepada setiap pemenang. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada semua murid SKTPP amnya dan murid Tahun Enam khususnya untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Penilaian dibuat berdasarkan keputusan Ujian Bulan April Program The Champion yang lalu. Peserta Program The Champion yang telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam ujian tersebut setelah membuat perbandingan dengan keputusan Ujian PKSR 1, dikira sebagai pemenang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah menjadi penilai dalam Ujian Bulan April 2015. Jutaan  terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP yang telah menaja Program The Champion ini. 

Senarai nama pemenang:

1. Iffah Firzanah Bt Zulhazmi - 6 Wira
2. Fathul Akhbar Bin Abu Bakar - 6 Wira
3. Wafin Wardah Bt Rizal - 6 Wira
4. Akid Darwish Bin Rashdan - 6 Wira
5. Alyssa Bt Ezral - 6 Wira
6. Khairul Farizuddin Bin Khairul Affandi - 6 Wira
7. Nurkhadijah Farhana Bt Fakarulnain - 6 Wira
8. Syasina Norlily Binti Mohd Shahrizan - 6 Wira



No comments:

Post a Comment