Thursday, May 7, 2015

Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2015: SKTPP Johan

Pada 7 Mei 2015 bertempat di SJK (T) Sepang, telah diadakan Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2015. Peserta dari sekolah kita iaitu adik Nur Nadhira bt Sutrisno @ Razali telah menjadi Johan bagi kategori Sekolah Rendah setelah menewaskan 13 orang peserta yang lain. Adik Nur Nadhira menyampaikan pidato bertajuk "Berbudi Bahasa Memertabatkan Bangsa".


Bagi pidato bahagian kedua iaitu bahagian spontan pula, Nur Nadhira menyampaikan pidato yang bertajuk "Kepentingan Peraturan Sekolah". Untuk bahagian spontan ini, masa yang diberi untuk pemidato membuat persediaan adalah selama satu minit sahaja tanpa pena dan kertas. Pemidato dikehendaki menyampaikan hujah selama tiga minit dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi. Dalam bahagian ini, kepetahan Nur Nadhira sangat terserlah dan dia kelihatan bersahaja mengeluarkan idea.

Berikut disenaraikan tajuk pidato spontan:

a)  Cara-cara menyayangi sekolah
b)  Faedah Komputer
c)  Faedah membaca surat khabar
d)  Faedah amalan bergotong-royong
e)  Faedah berkebun
f)  Cara menjaga kebersihan sekolah
g)  Faedah menjaga keceriaan sekolah
h)  Cara-cara menjadi murid cemerlang
i)   Cara-cara menjaga alam sekitar
j)   Faedah menabung
k)  Faedah kitar semula
l)   Faedah bersukan
m) Cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya
n)  Cara selamat menunggang basikal
o)  Cara-cara menghormati guru
p) Punca dan kesan pencemaran

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang Unit Kokurikulum; Encik Abdul Halim tepat pukul 12.30 tengah hari. Nur Nadhira telah menerima sekeping sijil dan sebuah piala daripada beliau. Nadhira akan mewakili daerah Sepang ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di SK Taman Seri Gombak pada 21 Mei 2015 ini.

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Nadhira bt Sutrisno @ Razali dari kelas 6 Waja. Semoga kejayaan yang ditunjukkan olehnya menjadi pencetus semangat kepada semua murid di SK Taman Putra Perdana selepas ini untuk menempa kejayaan demi kejayaan.




2 comments: