Monday, May 18, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-18 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin
Tarikh : 18 Mei 2015
Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi (Ketua)
2. Puan Norhafiza binti Ismail
3. Puan Rafidah binti Salleh
4. Puan Musaliha binti Mustafa
5. Puan Visva Koppal @ Gopal
6. Puan Azwani Mohammed Nordin
7. Puan Noriza binti Md. Nor
8. Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

Laporan:
1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
·                     Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
·                     Bacaan doa dipimpin oleh Adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
·                     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norhafiza binti Ismail
·                     Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi pagi Adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi

2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nurliza binti Ab. Rahman)     
  • Beliau memberi teguran terhadap murid-murid yang tidak berdisiplin dan membuat bising ketika       peperiksaan sedang dijalankan terutamanya pada waktu rehat. Murid-murid ini membuat bising         ketika berada di kaki lima dan dewan perdana serta mengganggu murid-murid tahun 6 yang sedang   menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. 
  • Beliau juga memberi teguran terhadap murid-murid tahun 4 dan 5 yang sering membuat bising di dalam  tandas pada waktu peperiksaan pertengahan tahun sedang dijalankan.
  • Beliau turut mengingatkan murid-murid agar menjaga kebersihan serta tidak mengasah pensil di tempat duduk mereka dan di bawah meja. Murid-murid mestilah mengasah pensil di dalam tong sampah yang terdapat di belakang kelas. 
3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Norhafizah binti Ismail)
  • Puan Norhafizah  memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
  • Beliau memberikan info tentang  menggunakan laman sosial secara berhemah
  • Beliau juga mengingatkan murid-murid:
    •  Agar tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada orang luar atau terlalu mudah mempercayai sebarang maklumat yang terdapat di laman sosial.
    • Tidak menyebarkan sebarang berita atau cerita yang belum tentu kesahihannya.
    • Tidak mendedahkan atau berkongsi status lokasi murid-murid di laman sosial serta tidak menerima sebarang kenalan yang tidak dikenali di laman sosial mereka.
Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – melarik : mengukir, melorek
Bahasa Inggeris – brother : saudara
Bahasa Arab – la'aibun : pemain lelaki

4.0 Penyampaian hadiah pertandingan pidato dan bercerita  peringkat Daerah Sepang
  • Pidato (Johan)
          Nor Nadhira binti Sutrisno @ Razali 
          Tarikh:  7 Mei 2015
          Tempat : SJKT Sepang
  • Bercerita ( Naib Johan)
         Nor Nadhira binti Sutrisno @ Razali 
         Tarikh:  22 April 2015
         Tempat : SK Jenderam Hilir

5.0   Bacaan Perutusan sempena Sambutan Hari Guru
  • Ucapan  perutusan Selamat Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof oleh Encik Fuadi bin Sarham (Penolong Kanan Kurikulum)  
  • Ucapan perutusan Selamat Hari Guru Menteri  Pendidikan Malaysia Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin  oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)
6.0  Nyanyian lagu  Kami Guru Malaysia
  •   Semua guru diminta berhimpun di hadapan perhimpunan dan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh semua guru
Penyampaian hadiah Johan Pidato dan Naib Johan Bercerita peringkat daerah Sepang
Ucapan perutusan Selamat Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia  
oleh Puan Guru Besar

Disediakan oleh: Puan Rafidah binti Salleh

No comments:

Post a Comment