Sunday, November 27, 2016

Program Menyantuni Gelandangan AADK

Guru Besar bersama PK HEM; Pn. Rosmah bt. Jamat, Pn. Noor Hayati, En. Mohd. Rusydan dan En. Musrizuan telah berkesempatan menyertai program menyantuni gelandangan "Menerangi Jalanmu" di Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran AADK dan JKPD (Jawatankuasa Pemulihan Dadah) Sepang dan Dang Wangi. Turut hadir ialah YB Tuan Shahrum Mohd. Sharif selaku Pengerusi JKPD Sepang serta Zed Zaidi; Pengerusi JKPD Dang Wangi. Guru Besar merupakan salah seorang daripada ahli JKPD Sepang.
   Terima kasih buat AADK yang telah memberi peluang kepada guru-guru SKTPP untuk menyelusuri lorong dan jalan di Chow Kit yang menyaksikan kehidupan golongan gelandangan dan segelintir masyarakat yang kurang bernasib baik. Tahniah buat CCSC atas khidmat kemanusiaan mereka kepada golongan gelandangan, penagih dadah, anak-anak keciciran, pekerja seks, Maknyah dan golongan yang kurang bernasib baik yang lain. Tahniah juga buat pihak-pihak yang sentiasa mengambil berat tentang nasib golongan ini seperti Pejabat Agama, NGO dll.
   Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga lagi menginsafkan. Semoga Allah SWT merahmati mereka dan juga kita. Lagi laporan yang sama dalam blog PPDa di sini.










Kami Benci DARVIH












Saturday, November 26, 2016

Hari Orientasi Tahun 1/2017


Hari Orientasi Tahun 1/2017 telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua murid Tahun 1/2017 hadir ke sekolah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. Sepanjang program ini pelbagai gelagat murid-murid dapat dilihat. Keceriaan di wajah mereka terserlah walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke SK Taman Putra Perdana.

Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Datang' kepada semua murid Tahun 1/2017 Kohort Cendiakawan Islam.


Objektif Program Hari Orientasi Tahun 1:
1. Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
2. Murid-murid boleh mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
3. Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
4. Mendedahkan kepada ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki Tahun 1

Atur Cara:
7.30 pagi: Kehadiran ibu bapa/penjaga dan murid-murid Tahun 1/2017
8.15 pagi: Perhimpunan murid-murid Tahun 1
8.30 pagi: Murid-murid masuk ke kelas
8.50 pagi: Taklimat Umum Disiplin Murid dan Taklimat Ujian Diagnostik
9.00 pagi: Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik
11.00 pagi: Rehat
11.30 pagi: Murid berkumpul di Dewan Taman
11.50 pagi: Lawatan Orientasi
12.30 t.hari: Penyerahan anak kepada ibu bapa dan bersurai

Berikut adalah paparan gambar semasa Hari Orientasi Tahun 1/2017 berlangsung:


Semakan nama murid oleh ibu bapa

Sesi perhimpunan di Dataran SKTPP

Sesi Pendaftaran 

Pengacara Majlis oleh Cik Roslinda dan En Mohd Najib.
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir

Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik

Ucapan YDP PIBG (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian) dan
Ucapan Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali)

Taklimat LINUS  dan Transisi oleh PK HEM (Pn Rosmah bt Jamat) dan
Taklimat Jadual oleh PK Petang (Pn Jumilah bt Ahmad)

Taklimat PPKI oleh Pn Norhamizah bt Hamzah dan
Taklimat Disiplin oleh Pn Nora bt Sabihi
Lawatan Orientasi

SKTPP Benci DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV/AIDS)

Penyemakan kertas Ujian Diagnostik

Lawatan Orientasi dan Penyemakan Fail Murid

Disediakan oleh:
Pn Nor Arzah, Pn Juli dan Pn Zailezah

Wednesday, November 23, 2016

Kedai Buku Sekolah


Kedai Buku Sekolah akan dibuka mulai 2 Disember 2016.
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 2.00 petang
Sabtu                : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Cuti Umum      : Tutup

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2016

Rabu, 23 Nov - Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) dan Graduasi Prasekolah 2016 dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu jemputan iaitu En. Alwi bin Che Sulaiman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Majlis ini dijalankan bagi mengiktiraf dan menghargai pencapaian akademik murid yang mengharumkan nama baik sekolah sepanjang tahun 2016. 

Antara anugerah yang telah disampaikan adalah:

  • Graduasi Prasekolah
  • Penyampaian Anugerah Khas                            
i.       Anugerah PPKI                                            
ii.      Anugerah Intan                                          
iii.     Anugerah NILAM                                      
iv.     Kecemerlangan UPSR
  • Anugerah Kecemerlangan                                
 i.       Sinar Bestari
         (Aiman Mukri bin Mat Mukti)                                                     
ii.     Sinar Nurani
        (Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir)                                                 
iii.    Sinar Kesatria
         (Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin) 
  • Anugerah Perdana                                                  
i.       Tokoh Bitara
         (Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir)
  • Pelajar Terbaik Dalam Kelas
  • Pelajar Terbaik Mata Pelajaran
Paparan gambaran aktiviti sepanjang majlis berlangsung :-


Ucapan perasmian oleh En. Alwi b. Che Sulaiman, Penolong PPD Kualiti PPD Sepang



Ucapan YDP PIBG


Persembahan murid
Graduasi Prasekolah

Anugerah PPKI
Anugerah NILAM
(Faris Zikry bin Norazman)

Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan
(Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir)

Anugerah Pelajar Terbaik Kelas 

Anugerah Terbaik Mata Pelajaran

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah pada tahun ini.