... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, November 17, 2016

Majlis Pengumuman Dan Penyampaian Keputusan UPSR 2016

Khamis, 17 November - Satu majlis khas telah diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana sempena mengumumkan keputusan UPSR yang baru diterima. Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan para ibu bapa.

Dalam majlis ini YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas yang mana beliau mengucapkan syabas kepada murid-murid cemerlang dan juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada anak-anak didik.

Seterusnya adalah masa yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran bukan sahaja kepada murid-murid tahun 6, malah kepada ibu bapa bahkan guru-guru turut berkongsi rasa yang sama. Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP telah mengumumkan keputusan UPSR 2016.

Berikut adalah analisis keputusan UPSR 2016:
1. Bilangan calon - 277 orang
2. Peratus lulus semua - 72.3%
3. Bilangan 6A - 1 orang
4. Bilangan 5A - 12 orang
5. Bilangan 4A - 13 orang
6. GPS - 2.87

Senarai nama empat orang calon PPKI bagi pencapaian Penilaian Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2016
1. Muhammad Alif Hakimi bin Mazlan
2. Nurvindhran a/l Muralitharan
3. Theeren Kumar Nair a/l Ravi Kumar
4. Nur Athirah Safiya binti AidilHad

Calon 6A dalam UPSR 2016
Aiman Mukri bin Mat Mukti (Zeta)

Senarai nama 12 orang calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2016
1. Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (Zeta)
2. Azhad Danish bin Azizzul Shariman (Zeta)
3. Muhammad Al Mustafa bin Mat luwi (Zeta)
4. Nukman Haziq bin Fauzi (Zeta)
5. Nisa Adriana binti Muhammad Irwan (Zeta)
6. Nur Aisyah Hana binti Nasrul (Zeta)
7. Nur Khairun Suffiah binti Hassan (Zeta)
8. Wan Arisya Dania binti Mohd Zamri (Zeta)
9. Wan Hana Humaira binti Wan Kamal Shahrin (Zeta)
10. Thaashayany a/p Lingeswaran (Theta)
11. Muhammad Zulkarnaen bin Mohd Zaizi (Zeta)
12. Wan Alif Aiman bin Wan Mohd Fauzi (Theta)

Guru kelas tahun 6 membuat penyerahan kepada ibubapa/murid sijil-sijil berikut:
1. Slip keputusan UPSR
2. Pentaksiran Sekolah Tahun 6
3. Psikometrik
4. PAJSK
5. Segak
6. Tamat Sekolah Rendah

Berikut adalah bingkisan gambar suka-duka sekitar majlis penyampaian keputusan UPSR


Penantian penuh debaran 



Puan Norli selaku pengacara majlis
Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, YDP PIBG
menyampaikan ucapan ringkas
Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
membuat pengumuman keputusan UPSR 2016
Tahniah kepada adik Aiman Mukri yang memperolehi 6A
dalam UPSR
Penyerahan sijil PASR kepada murid-murid PPKI
Murid-murid PPKI bersama Guru Besar dan YDP PIBG
Penyampaian slip keputusan UPSR kepada adik Aiman Mukri


Penyerahan slip keputusan UPSR kepada 12 orang calon UPSR yang memperolehi 5A




Calon UPSR 6A dan 5A bersama Guru Besar dan YDP PIBG
Calon UPSR 6A dan 5A bersama pentadbir dan guru-guru
Calon UPSR 6A dan 5A bersama ibubapa
Barisan guru kelas tahun 6
Penyerahan sijil-sijil kepada ibubapa/murid





Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak PPKI yang berjaya mengharungi peperiksaan 2016 dengan jayanya dan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam UPSR kali ini. Semoga kejayaan ini akan terus memacu ke arah kejayaan yang lain pada masa hadapan. Jadikan pencapaian hari ini sebagai penggerak untuk memperbaiki diri dan meningkatkan lagi usaha serta kegigihan demi mengejar erti kejayaan. 

No comments:

Post a Comment