Wednesday, November 16, 2016

Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS Peringkat Kebangsaan Zon Selatan 2016

Tarikh : 13 - 15 November 2016
Tempat : Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau, Melaka

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah diberi kebenaran oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelola Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Kebangsaan Zon Selatan 2016.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menghantar Kontinjen TKRS Negeri Selangor seramai 24 orang kadet dan 7 orang guru pengiring bagi mengikuti kursus tersebut. Seorang murid SKTPP iaitu Hanis Syafiqah Binti Mohd Rashidi tahun 5 Zuhal terpilih mewakili kontinjen negeri Selangor dan lulus ujian kenaikan pangkat Sarjan TKRS dengan cemerlang. Syabas dan tahniah!

Kontinjen TKRS Negeri Selangor

Kontinjen TKRS Negeri Selangor

Ujian Tali Temali (Ikatan)

Ujian Keusahawanan membuat kuih melaka


Hanis Syafiqah menerima sijil Sarjan TKRS

TKRS Benci DARVIH

No comments:

Post a Comment