... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, November 6, 2016

Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan 2016

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini,  ia secara langsung mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.
Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara tahunan melalui pelaksanaan BATHKPC, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan.

Antara objektif diwujudkan anugerah ini adalah:
  1. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. 
  2. Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
  3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. 
  4. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.
Seramai 48 orang murid Pandu Puteri Tunas kontingen Selangor telah mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) yang bertempat di Gambang Resort, Pahang dari 3 - 6 November 2016. . Dua orang murid SK Taman Putra Perdana iaitu Amirah Syazana Binti Samsuri dan Hurin Batrisyia Amani Binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini berjaya melayakkan diri dan menerima Anugerah BATHKP Peringkat Kebangsaan, Syabas diucapkan. Gambar aktiviti sepanjang perkhemahan:

Bermulanya dari sini : Penghasilan Log Lencana Kecekapan
Pasukan Daerah Sepang
Bersedia untuk masuk bilik penginapan
Majlis Santapan Malam bersama Tengku Mahkota Pahang
Menyiapkan gollie wog
Peserta SKTPP bersama pemimpin; Pn. Parimala

No comments:

Post a Comment