Tuesday, November 15, 2016

Majlis Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2016

Selasa, 15 November - Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum SK Taman Putra Perdana telah berlangsung dengan jaya dan gemilangnya. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

Majlis khas ini diadakan bertujuan untuk menghargai semua murid atas kecemerlangan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada murid yang terlibat dengan setiap penyertaan di luar sekolah samada dalam ko-akademik mahupun kokurikulum. Selain daripada itu, turut diberi penghargaan ialah murid-murid yang berkhidmat dalam sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Sahabat PPDa, Ketua dan Penolong Kelas. Penghargaan juga diberikan kepada murid-murid kehadiran penuh dan juga kelas terbersih. Guru-guru yang membimbing dan melatih murid juga turut dirai sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Pihak sekolah juga memberi penghargaan kepada Encik Amar bin Muhamed Ali selaku jurulatih luar pasukan bola sepak sekolah ini. Acara kemuncak  dalam majlis ini ialah penyampaian Anugerah Nilam, Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik 2016.

Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum 2016
  • Adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin 

Anugerah Unit Beruniform Terbaik 2016
  • Adik Amira Syazana binti Samsuri (Pandu Puteri Tunas)
  • Adik Hanis Syafiqah binti Mohd Rashidi (Tunas Kadet Remaja Sekolah)

Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik 2016 
  • Unit Beruniform (sesi pagi) - Pandu Puteri Tunas
  • Unit Beruniform (sesi petang) - Pandu Puteri Tunas
  • Kelab/Persatuan (sesi pagi) - Kelab Pencegahan Jenayah
  • Kelab/Persatuan (sesi petang) - Persatuan Agama Islam
  • Permainan (sesi pagi) - Softball
  • Permainan (sesi petang) - Ping Pong

Mari kita saksikan paparan gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis ini berlangsung

Pentas indah sentuhan AJK Hiasan Pentas
Buku Program HACK
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG
Barisan pentadbir dan tetamu
Wajah-wajah ceria penerima sijil penghargaan
Hadiah-hadiah yang disusun rapi dan kemas
Persembahan Nasyid PPIM
Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Guru Pembimbing




Persembahan Tarian 
Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada murid-murid





Persembahan Action Song 
Penerima hadiah bagi Kelas Terbersih
Penerima Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum :
Adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin
Tahniah kepada adik Nabil
Penerima Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik

HACK BEBAS DARVIH !
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah dan sijil pada majlis ini. Semoga pengiktirafan yang diberikan ini akan meningkatkan lagi semangat dan memberi kesan yang positif untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan di masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTPP yang menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment