Sunday, November 6, 2016

Perkhemahan Perdana Unit-unit Beruniform Peringkat Sekolah 2016

Tarikh                 : 4 - 6 November 2016
Tempat         : Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat

Unit Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Perkhemahan Perdana melibatkan Unit Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.  Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran secara praktikal di luar bilik darjah.

Objektif program:

1. Mendedahkan kepada murid aktiviti yang membina daya tahan fizikal, mental dan rohani.
2. Melatih hidup berdikari, bekerjasama, bertanggungjawab, berdisiplin dan memberi peluang kepada murid-murid mendalami pengetahuan perkhemahan serta kehidupan ‘survival’.
3. Membentuk dan menerapkan modal insan yang mempunyai sahsiah, sikap kepimpinan  dan semangat setiakawan dalam diri.


Sesi tazkirah, menegakkan khemah dan makan tengah hari

Seronok, peserta menyertai aktiviti jungle tracking.

Peserta menyertai aktiviti mengikut susunan stesen yang ditetapkan. 

Terhibur...peserta menangkap ikan sebagai aktiviti santai.

Mandi-manda dan aktiviti air.

Disediakan oleh,
Visva Vilasini, Umi Nazrah dan Nor Holwani

No comments:

Post a Comment