Thursday, November 10, 2016

Hari Jalinan Mesra Siri 2/2016 (Sesi Pagi)

Hari Jalinan Mesra Siri 2/2016 telah berlangsung pada:-

Hari        : Khamis
Tarikh     : 10 November 2015
Masa     :  8:00 a.m. – 12:00 p.m. (sesi pagi)
Tempat : Bilik darjah


Program Hari Jalinan Mesra diadakan bertujuan menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.

Semoga peluang yang tersedia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.


Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.
















No comments:

Post a Comment