Monday, November 14, 2016

Laporan Perhimpunan Minggu 42 (Sesi Pagi)

Tarikh : 14 November 2016

Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :
: En. Ahmad Zunaidi (K)

: Puan Rosmawati
: Puan Grace
: Puan Norhana
: Puan Nor-Azura
: Puan Asma
: Puan Norasmawati (cuti bersalin)

Laporan perhimpunan:
 Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Asma dan Ikrar Murid oleh Ketua pengawas.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Safinatunnajakh)
4.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana tiada masalah yang serius berlaku sepanjang minggu lepas.
4.2 Beliau juga melaporkan ada murid yang memakai baju sukan setiap hari ke sekolah.  Sepatutnya semua murid haruslah berpakaian kemas ketika ke sekolah dan mematuhi setiap peraturan berpakaian walaupun sudah akhir tahun.
4.3 Akhir sekali, beliau mengingatkan murid-murid supaya menjaga keselamatan diri ketika musim cuti.  Mengingatkan murid-murid tahun 6 supaya sentiasa menjaga adab setelah memasuki alam sekolah menengah tahun hadapan dan meneruskan amalan-amalan yang baik yang telah dipupuk sepanjang enam tahun bersekolah di peringkat rendah.

5. Ucapan guru bertugas (Puan Asma) :
5.1 Puan Asma mengumumkan nama-nama guru bertugas pada minggu ini.
5.2 Beliau juga memaklumkan mengenai tema pada minggu ini; Aktiviti Semasa Cuti Sekolah:
: Isi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyertai kem-kem, menyertai kelas kemahiran seperti memasak, melukis atau seni mempertahankan diri.
: Murid-murid juga bolehlah menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru ataupun mengisi masa lapang dengan membaca dan mengunjungi perpustakaan awam.
: Selain itu, ketika cuti sekolah, murid-murid boleh meluangkan masa bersama keluarga dengan bersiar-siar ataupun mengunjungi tempat-tempat bersejarah
: Berkebun, membersihkan rumah dan beriadah juga adalah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah.

6. Ucapan Penolong Kanan PPKI Puan Norhamizah:
6.1 Beliau menasihatkan murid-murid supaya menghadirkan diri ke sekolah walaupun sekarang musim hujan.  Kehadiran murid-murid adalah sangat penting terutama pada hari-hari terakhir persekolahan (24 & 25.11.2016) kerana penyusunan kelas untuk tahun hadapan.
6.2 Beliau juga mengingatkan kepada murid-murid yang masih belum mendapatkan buku teks untuk kegunaan pada tahun hadapan supaya berurusan dengan guru kelas dan Puan Jamilah.  Buku teks adalah sangat penting kerana murid-murid boleh menggunakan buku teks untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk kelas pada tahun hadapan.  Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya membalut buku-buku teks yang telah mereka terima.
6.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah beroleh kecemerlangan dalam pelajaran pada tahun ini.  Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa hadapan.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

Barisan guru bertugas

Bacaan ikrar murid oleh ketua pengawas
Ucapan dari guru bertugas, Puan Asma
      
                                                     
                                                            Ucapan dari Penolong Kanan PPKI Puan Norhamizah

No comments:

Post a Comment