... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, November 10, 2016

Hari Jalinan Mesra Siri 2/2016 (Sesi Petang)

     Masa yang ditunggu-tunggu oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Taman Putra Perdana akhirnya tiba juga. Pada hari ini, 10 November 2016 bermula pada pukul 2.00 sehingga 5.00 petang, Program Hari Jalinan Mesra siri kedua bagi sesi persekolahan 2016 telah dijalankan. 

     Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini, adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga, untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.

     Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

       Berikut dikongsikan rakaman gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung.








No comments:

Post a Comment