... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, November 27, 2016

Program Menyantuni Gelandangan AADK

Guru Besar bersama PK HEM; Pn. Rosmah bt. Jamat, Pn. Noor Hayati, En. Mohd. Rusydan dan En. Musrizuan telah berkesempatan menyertai program menyantuni gelandangan "Menerangi Jalanmu" di Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran AADK dan JKPD (Jawatankuasa Pemulihan Dadah) Sepang dan Dang Wangi. Turut hadir ialah YB Tuan Shahrum Mohd. Sharif selaku Pengerusi JKPD Sepang serta Zed Zaidi; Pengerusi JKPD Dang Wangi. Guru Besar merupakan salah seorang daripada ahli JKPD Sepang.
   Terima kasih buat AADK yang telah memberi peluang kepada guru-guru SKTPP untuk menyelusuri lorong dan jalan di Chow Kit yang menyaksikan kehidupan golongan gelandangan dan segelintir masyarakat yang kurang bernasib baik. Tahniah buat CCSC atas khidmat kemanusiaan mereka kepada golongan gelandangan, penagih dadah, anak-anak keciciran, pekerja seks, Maknyah dan golongan yang kurang bernasib baik yang lain. Tahniah juga buat pihak-pihak yang sentiasa mengambil berat tentang nasib golongan ini seperti Pejabat Agama, NGO dll.
   Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga lagi menginsafkan. Semoga Allah SWT merahmati mereka dan juga kita. Lagi laporan yang sama dalam blog PPDa di sini.










Kami Benci DARVIH












No comments:

Post a Comment