... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, November 26, 2016

Hari Orientasi Tahun 1/2017


Hari Orientasi Tahun 1/2017 telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua murid Tahun 1/2017 hadir ke sekolah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. Sepanjang program ini pelbagai gelagat murid-murid dapat dilihat. Keceriaan di wajah mereka terserlah walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke SK Taman Putra Perdana.

Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Datang' kepada semua murid Tahun 1/2017 Kohort Cendiakawan Islam.


Objektif Program Hari Orientasi Tahun 1:
1. Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
2. Murid-murid boleh mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
3. Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
4. Mendedahkan kepada ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki Tahun 1

Atur Cara:
7.30 pagi: Kehadiran ibu bapa/penjaga dan murid-murid Tahun 1/2017
8.15 pagi: Perhimpunan murid-murid Tahun 1
8.30 pagi: Murid-murid masuk ke kelas
8.50 pagi: Taklimat Umum Disiplin Murid dan Taklimat Ujian Diagnostik
9.00 pagi: Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik
11.00 pagi: Rehat
11.30 pagi: Murid berkumpul di Dewan Taman
11.50 pagi: Lawatan Orientasi
12.30 t.hari: Penyerahan anak kepada ibu bapa dan bersurai

Berikut adalah paparan gambar semasa Hari Orientasi Tahun 1/2017 berlangsung:


Semakan nama murid oleh ibu bapa

Sesi perhimpunan di Dataran SKTPP

Sesi Pendaftaran 

Pengacara Majlis oleh Cik Roslinda dan En Mohd Najib.
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir

Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik

Ucapan YDP PIBG (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian) dan
Ucapan Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali)

Taklimat LINUS  dan Transisi oleh PK HEM (Pn Rosmah bt Jamat) dan
Taklimat Jadual oleh PK Petang (Pn Jumilah bt Ahmad)

Taklimat PPKI oleh Pn Norhamizah bt Hamzah dan
Taklimat Disiplin oleh Pn Nora bt Sabihi
Lawatan Orientasi

SKTPP Benci DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV/AIDS)

Penyemakan kertas Ujian Diagnostik

Lawatan Orientasi dan Penyemakan Fail Murid

Disediakan oleh:
Pn Nor Arzah, Pn Juli dan Pn Zailezah

No comments:

Post a Comment