Hari ini telah berlangsung dengan meriah dan membawa sejarah bagi murid-murid Tahun 6 iaitu Majlis Hari Graduasi Dan Jamuan Perpisahan "Sekalung Budi Sejambak Kasih" Tahun 6/2016. Majlis ini adalah sebagai lambang berakhirnya pembelajaran mereka di alam sekolah rendah.
Bingkisan pantun yang tersirat seribu makna, sebagai tanda apresiasi murid-murid Kohort Operasi Matematik;
Zeta, Theta, Sigma, Omega,
Simbol matematik sebagai rujukan,
Berbaik budi sesama tetangga,
Nescaya hidup sentiasa aman.
Objektif:
1. Meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah
2. Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas
3. Memberikan satu pengalaman dan kenangan buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah
4. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan
5. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan PIBG
Atur Cara:
7.00 - 8.00 a.m : Pendaftaran/Pengambilan jubah
8.00 - 8.30 a.m : Peserta mengambil tempat
8.30 - 9.30 a.m : Bacaan doa, Ucapan wakil murid, YDP PIBG dan Guru Besar
9.30 - 12.30 p.m : Persembahan, Penyampaian Sijil Graduasi dan Sesi Bergambar
12.30 p.m : "Jamuan Makan Sejambak Kasih"
Berikut adalah paparan gambar sepanjang acara berlangsung:
 |
Tetamu kehormat memasuki dewan |
 |
Bacaan doa oleh En Muhammad Dzarfan bin Kamal Bahrin |
 |
Ucapan wakil murid oleh Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta) |
 |
Ucapan YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Sufian |
 |
Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali |
 |
Persembahan Tarian dari kelas 6 Theta |
 |
Persembahan Nasyid dari kelas 6 Lambda |
 |
Penyampaian Sijil Graduasi kepada peserta |
 |
Penyampaian Sijil Graduasi kepada peserta |
 |
Dedikasi Pantun Kohort Operasi Matematik |
 |
Para peserta graduasi Kohort Operasi Matematik |
Barisan pentadbir SKTPP bersama YDP PIBG
 |
Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas PPKI |
No comments:
Post a Comment