Saturday, April 6, 2019

Bengkel Teknik Menjawab Matematik Dan Bahasa Melayu UPSR 2019

Bengkel Teknik Menjawab untuk subjek Matematik dan Bahasa Melayu UPSR telah diadakan pada  6 April 2019 bersamaan hari Sabtu bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.20 tengah hari. Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 (Tabla, Seruling, Rebana dan Nafiri) bertempat di Terminal Muafakat dan kumpulan 2 (Kompang, Gambus, Canag, Bonang dan Angklung) di Dewan Perdana. Kumpulan ini kemudiannya digilirkan mengikut sesi ceramah.

Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2019 telah disampaikan oleh Encik Saiful Anuar bin Haji Basran. Beliau adalah Guru Cemerlang Daerah Kuala Langat, Guru Pentadbiran Korikulum dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Bangi. Manakala bagi Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu pula telah disampaikan oleh Encik Syahidan Bin Saad. Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman mengajar serta merupakan Jurulatih Utama Bahasa Melayu PPD Petaling Utama.

Adalah diharapkan dengan adanya pendedahan Bengkel Teknik Menjawab Matematik dan Bahasa Melayu ini akan membuka minda anak-anak tahun 6 untuk lebih fokus dan faham mengenai kehendak menjawab dengan tepat soalan yang diberi serta petua-petua penting untuk mengelakkan pemotongan markah semasa menjawab kertas peperiksaan.

Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang Bengkel Teknik Menjawab dijalankan:

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matapelajaran Matematik di Dewan Perdana








Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matapelajaran Bahasa Melayu di Terminal Muafakat




No comments:

Post a Comment