Friday, April 26, 2019

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Siri 1 / 2019

Tarikh    : 26 April 2019
Hari        : Jumaat
Masa      : 7.00 malam – 10.30 malam
Tempat  : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

   Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Siri 1 bagi tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Program yang disusun ini adalah sebagai persediaan awal bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September.

Para guru dan pelajar membuat persiapan tempat sebelum majlis bermula.

   Majlis telah bermula pada jam 7.00 malam di mana para pelajar, ibu bapa dan guru-guru membuat pendaftaran di meja pendaftaran. Melalui apa yang dapat dilihat, kehadiran dan sokongan daripada para guru, pelajar dan ibu bapa sangat memberangsangkan.

Guru-guru yang bertugas mengurus pendaftaran.

Antara guru Tahun 6 yang hadir menjayakan majlis.

Pelajar yang hadir mendaftar terlebih dahulu di meja pendaftaran.

Guru-guru mengedarkan roti dan air kepada semua jemputan yang hadir.

Antara ibu bapa dan pelajar yang tiba awal di Dewan Perdana, SKTPP.

Kehadiran yang memberangsangkan dapat dilihat apabila jemputan tidak putus hadir ke sekolah untuk menjayakan majlis.

Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP bergambar bersama YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar dan sebahagian guru yang hadir.

Buku program Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Siri 1 2019.

Kaunter tabung wakaf surau SKTPP dibuka bagi memberi peluang kepada jemputan yang ingin membuat derma.

      Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mahadir Bin Midun yang diadakan di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana diikuti dengan bacaan Yassin serta disusuli pula dengan solat hajat dan solat isya' berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman Bin Abdullah.

Jemaah menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Ibu bapa dan pelajar membaca Yassin pimpinan Ustaz Mahadir Bin Midun.

Jemaah menunaikan solat isya' secara berjemaah.

  Sebaik sahaja selesai solat berjemaah, majlis seterusnya disambung dengan slot ceramah motivasi. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis iaitu Ustaz Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin sebelum Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohamad Suffian yang merupakan YDP PIBG sekolah ini memberikan ucapannya. Pastinya majlis tidak akan lengkap tanpa ucapan daripada Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP. Beliau telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan yang dapat menaikkan semangat pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan nanti.
 
GB dan YDP PIBG bergambar bersama dengan Penceramah PU Sufian.
Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali.

    Kini, tiba masa yang dinanti-nantikan iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Pencetus Ummah (PU) Suffian. Sedikit biodata tentang penceramah adalah seperti berikut.
  • Nama penuh beliau ialah Mohd Sufian Bin Mohd Isa.
  • Berasal daripada Kajang, Selangor.
  • Berumur 33 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Antara pengalaman, penglibatan serta pentauliahan yang diterima oleh penceramah ialah:
  • Bekas Pensyarah Muda, Kolej Islam Antarabangsa yang merupakan anak syarikat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  •  Bekas pensyarah Institut Profesional Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan KL.
  • Finalis Pencetus Ummah Astro Oasis Musim Pertama, saluran 106.
  • Aktif sebagai penceramah motivasi dan parenting sekolah-sekolah serta pelbagai program berbentuk seminar, kursus dan kem motivasi.
  • Penceramah utama Motivasi Anak Hebat, Keusahawanan, Teknik Belajar bersama Konsultan Motivasi Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Semanis Kurma TV9 (2011 hingga kini)

Banyak perkongsian serta tips-tips yang telah diberikan oleh PU Sufian yang dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar dalam membuat persiapan menjelang peperiksaan UPSR yang bakal tiba nanti. Antara tips-tips yang diberikan oleh penceramah ialah:
  1. Para pelajar perlu sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa, tidak berkata kasar, menghormati ibu bapa serta mendengar kata-kata nasihat daripada ibu bapa.
  2.  Para pelajar perlu menjaga solat kerana solat merupakan hubungan perantaraan kita dengan pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T.
  3. Para pelajar perlu fokus dalam pelajaran dengan sentiasa membuat ulangkaji pelajaran serta menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah.

PU Sufian sedang menyampaikan ceramah.

Penceramah sedang bertanyakan soalan kepada pelajar Tahun 6.

Para pelajar sedang memberikan tumpuan dan fokus yang penuh kepada ceramah yang disampaikan.

Sebahagian bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Para pelajar perempuan juga memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan.

PU Sufian membacakan doa penutup sebelum menutup sesi ceramah.

Majlis penyampaian cenderamata kepada PU Sufian yang sudi meluangkan masa memberikan motivasi kepada anak-anak Tahun 6 SKTPP.

Diharapkan agar segala perkongsian yang diberikan oleh penceramah dapat membantu pelajar agar lebih fokus dalam pelajaran seterusnya mencapai kejayaan yang membanggakan bukan hanya pada ibu bapa dan sekolah, tetapi yang lebih penting kejayaan untuk diri sendiri yang boleh membantu peningkatan jati diri dan sahsiah peribadi yang terbaik pada diri individu itu sendiri agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Di atas kesempatan ini juga, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua barisan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program yang telah diilaksanakan. Tidak dilupakan juga buat barisan pentadbir yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada ALLAH S.W.T. Semoga anak-anak didik SKTPP akan memperolehi kejayaan yang membanggakan dalam UPSR nanti. In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment