Thursday, April 11, 2019

Mesyuarat Pemindahan Ilmu Bersama ITMA UPM

Hari ini pihak Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM telah mengadakan Mesyuarat Program Pemindahan Ilmu bagi menambahbaik dan menaiktarafkan laman sekolah. Mesyuarat yang berlangsung di UPM ini diwakili oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali, Guru Perpustakaan dan Media (GPM); Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji dan Pengurus Projek Ujana Ilmu; Cikgu Mohd Rusydan bin Ismail. Pihak ITMA bercadang mengadakan kolaborasi dengan menjalankan 3 projek inovasi melibatkan teknologi di anjung sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan projek yang dirancang ini. Terima kasih pengurus projek; Prof. Madya Dr. Suraya binti Abdul Rashid. Terima kasih UPM... Semoga anak-anak SKTPP mendapat manfaat dari program pemindahan ilmu dan teknologi anjuran UPM ini.















No comments:

Post a Comment