Monday, April 8, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-14 (Sesi Petang)

Tarikh : 08 April 2019
Hari : Isnin
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Pengerusi Majlis : Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim

Senarai guru bertugas kumpulan F:

1. En. Nor Amirulfitri Bin Othman
2. En. Afandi bin Mat Zain
3. Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim
4. Pn. Nor Rafini binti Othman
5. Pn. Ranjiny Rajah
6. Pn. Rabihah binti Amirudin


1. Agenda Perhimpunan:
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negeri Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  •  Bacaan doa oleh adik Muhammad Hakeem Rizqy (3 Ibnu Sina)
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Azizah Ab. Hamid
  • Bacaan ikrar murid oleh adik Adlina Ryhana bt Mohd Rozimi (3 Ibnu Thufail)
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Nashirah binti Taib)
  • Teguran berkaitan kebersihan di kelas, di tapak perhimpunan dan di Dewan Putra adalah tanggungjawab bersama. Murid diingatkan untuk tidak meninggalkan sisa makanan & sampah.
  • Peringatan tentang sikap murid yang meninggalkan pinggan dan cawan yang telah digunakan di atas meja serta keadaan kantin yang kotor selepas rehat.
  • Murid diingatkan untuk tidak berlari ke kelas, ke bilik khas dan ketika pulang serta dilarang untuk bergurau di tangga bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan.
3. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim.


  • Murid dinasihatkan supaya mengambil sarapan pagi pada setiap hari (Tema: Kepentingan sarapan pagi)
  • Murid juga dinasihatkan supaya membawa air minuman dari rumah memandangkan cuaca yang panas.
  • Barisan guru bertugas pada minggu ini diperkenalkan.

4. Ucapan oleh Pn. Siti Maziah

  • Pn Siti Maziah memaklumkan akan berlangsung Program Minggu Pusat Sumber Sekolah bermula 8 April sehingga 12 April 2019.
  • Pelbagai aktiviti yang akan diadakan, antaranya kuiz, pertandingan "mencari objek tersembunyi", poster kulit buku dan mencari perkataan silang kata. Hadiah akan diberikan kepada para pemenang.

Disediakan oleh,
Ranjiny Rajah

No comments:

Post a Comment