Minggu Pusat Sumber 2019 telah dilaksanakan pada 8 hingga 12 April 2019, manakala pelancaran Kempen Galakan Membaca : Perasmian Dekad Membaca & Perasmian Penutupan Minggu Pusat Sumber 2019 telah dilaksanakan pada 12 April 2019.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya sepanjang tarikh tersebut. Antara objektif program ini diadakan adalah :
- Sebagai satu medium untuk mempromosikan program galakan membaca di sekolah.
- Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
- Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
- Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
- Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah :
- Jom Kenali Pusat Sumber Kita
- Pertandingan Menghias Haiwan (Tahun 2)
- Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah
- Program 5 Minit Membaca
- Lawatan 'Book Truck' daripada 'PTS'
- Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1)
- Pertandingan Mewarna Kulit Buku (Tahun 2)
- Pertandingan Teka Silang Kata (Tahun 3)
- Pengunjung terbanyak Pusat Sumber Sekolah
- Peminjam buku terbanyak Pusat Sumber Sekolah
Berikut merupakan paparan gambar yang berjaya dirakam sepanjang program ini berlangsung:
Hari Pertama (8 April 2019)
Pada hari pertama, antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Taklimat Minggu Pusat Sumber Sekolah 2019
- Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 (nama pusat sumber sekolah, lokasi, tema, sudut-sudut PSS)
- Lawatan Tahun 1 ke PSS
- Pertandingan Menghias Haiwan Tahun 2
|
Gambar 1: Taklimat Minggu Pusat Sumber dan Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 yang disampaikan oleh Pn. Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin |
|
Gambar 2: Murid-murid Tahun 1 teruja melihat pameran model lapangan terbang di Kiosk Setempat semasa lawatan ke Pusat Sumber Sekolah |
|
Gambar 3 : Guru-guru bergambar bersama murid-murid Tahun 1 semasa sesi lawatan ke PSS |
|
Gambar 4: Murid-murid Tahun1 bergambar bersama guru, Pn. Rafini di Laman Bercerita PSS |
|
Gambar 5: Pn. Siti Maziah binti Mohamad Tajuddin memberi penerangan kepada murid-murid Tahun 1 semasa lawatan mereka ke PSS |
|
Gambar 6: Murid-murid Tahun 2 gembira dan teruja semasa Pertandingan Menghias Haiwan dijalankan |
|
Gambar 7: Murid-murid Tahun 2 kelihatan tekun menyiapkan hasil seni masing-masing semasa Pertandingan Menghias Haiwan
|
Hari Kedua (9 April 2019)
Pada hari kedua, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
- 5 Minit Membaca
- Taklimat Pengisian Buku Nilam
- Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 2
- Lawatan Tahun 2 ke PSS
|
Gambar 8: Beberapa orang murid sedang membaca bahan bacaan masing-masing semasa program ‘5 Minit Membaca’ |
|
Gambar 9: Meriah! suasana ketika program '5 Minit Membaca' |
|
Gambar 10 : Pn. Nur Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab semasa menyampaikan taklimat NILAM kepada murid-murid sesi petang |
·
|
Gambar 11: Guru-guru juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama murid-murid Tahun 2 semasa sesi lawatan ke PSS
|
|
Gambar 12 : Murid-murid Tahun 2 bergambar bersama guru di Kiosk menarik di PSS |
|
Gambar 13 : Murid-murid Tahun 2 bergambar di salah satu sudut menarik yang terdapat di dalam Pusat Sumber SKTPP |
Hari Ketiga (10 April 2019)
Semasa hari ketiga, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah:
- Pameran buku BLINK
- Lawatan Tahun 3 ke Pusat Sumber Sekolah
|
Gambar 14: Teruja! begitulah perasaan murid-murid Tahun 3 semasa melakukan lawatan ke PSS bersama guru mereka
|
|
Gambar 15 : Murid-murid Tahun 3 bergambar di sudut NILAM bersama Pn. Azmira semasa sesi lawatan ke PSS |
|
Gambar 16 : Murid-murid Tahun 3 bergambar di Sudut Tema yang sangat menarik semasa lawatan ke PSS
|
Hari Keempat (11 April 2019)
Minggu Pusat Sumber Sekolah semakin hampir ke hari terakhir. Namun, masih banyak aktiviti menarik yang sempat dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah:
- Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi Tahun 1
- Pertandingan Mewarna Kulit Buku Tahun 2
- Pertandingan Teka Silang Kata Tahun 3
|
Gambar 17: Dua orang murid tahun 1 semasa menyertai aktiviti Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi |
|
Gambar 18: Murid-murid Tahun 2 khusyuk menyiapkan hasil seni mereka semasa Pertandingan Mewarna Kulit Buku dijalankan di Dewan Perdana.
|
|
Gambar 19: Antara hasil mewarna kulit buku yang menarik ditunjukkan oleh murid-murid Tahun 2 semasa pertandingan dijalankan. |
|
Gambar 20: Tekun! Salah seorang murid Tahun 1 begitu tekun mencari benda tersembunyi semasa pertandingan berlangsung
|
Hari Kelima (12 April 2019)
Hari kelima merupakan hari Pelancaran Kempen Galakan Membaca : Perasmian Dekad Membaca & Perasmian Penutupan Minggu Pusat Sumber 2019. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung.
|
Gambar 21: Pn Nik Rosmaliza selaku Pengacara Majlis |
|
Gambar 22: Ucapan Aluan Puan Guru Besar, Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali |
|
Gambar 23: Ucapan aluan daripada pihak BLINK
|
|
Gambar 24: GPM Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji menemubual seorang murid berkaitan pakaian tradisi yang digayakan |
|
Gambar 25: Perasmian Kempen Galakan Membaca : Pelancaran Dekat Membaca & Penutupan Minggu Pusat Sumber Sekolah 2019 oleh Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali dan Guru Penolong Kanan Petang Pn. Jumilah binti Ahmad |
|
Gambar 26: Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama sebahagian guru-guru semasa majlis berlangsung. |
|
Gambar 27: Guru Besar Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali bersama Pn. Jumilah dan Pn. Arnny bergambar bersama maskot BLINK |
|
Gambar 28: Kemunculan maskot BLINK di atas pentas yang begitu mengujakan murid-murid sesi petang |
|
Gambar 29: Resensi buku Bahasa Inggeris oleh Adik Rayyan yang mengenakan kostum buaya sangat menghiburkan dan mengujakan! |
|
Gambar 30: Menghiburkan! persembahan bercerita oleh guru PPKI SKTTP Pn. Noor Hayati binti Yusof dengan tajuk 'Merak yang Sombong' |
|
Gambar 31: Warna warni! Para pentadbir dan guru bergambar kenangan bersama murid-murid yang menggayakan pakaian tradisional masing-masing |
|
Gambar 32: Comel dan penuh gaya! sebahagian murid sesi petang daripada pelbagai latar belakang kaum menggayakan pakaian tradisional masing-masing. |
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada para pentadbir, guru-guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga warga SK Taman Putra Perdana terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Disediakan oleh:
En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
No comments:
Post a Comment