Monday, April 29, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-17 (Sesi Petang)

Tarikh   : 29 April 2019
Hari      : Isnin
Masa     : 1.20 petang
Tempat  : Dewan Perdana SKTPP

Pengerusi Majlis : Puan Nor Azian binti Ahmad


Puan Nor Azian mempengerusikan perhimpunan

Senarai Guru Bertugas :
1) Puan Nor Azian binti Ahmad
2) Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
3) Encik Saifullah bin Mat Saupi
4) Pn Yani binti Mohd Shariff
5) Pn Nurhidayu binti Sadri
6) Pn Nik Bahirah binti Mat Salleh
7) Cik Zalina binti Ismail
8) Pn Siti Maziah binti Mohd Tajuddin


Barisan guru bertugas minggu ini

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
1) Meminta murid-murid menjaga keselamatan diri sendiri dan juga rakan-rakan semasa di sekolah.
2) Jangan berdiri dekat pintu kelas semasa hari hujan atau ketika angin kuat. Ini kerana ada kes murid tersepit jari tangan di pintu kelas.


Peringatan dan laporan minggu lepas oleh Puan Roslelawati

Perkataan LAWAD minggu ini 
Bahasa Melayu   : Merentasi = melalui/menempuh
Bahasa Inggeris  : Sea = laut
Bahasa Arab        : Tilifiziun = Televisyen

Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas Mingguan 

Kelas Tahun 1 
Pertama :Windows
Kedua     :Unix
Ketiga     :Solaris

Kelas Tahun 2
Pertama :Samsung 
Kedua     :I Phone
Ketiga     :Vivo

Kelas Tahun 3
Pertama :Al-Biruni
Kedua     :Al-Farabi
Ketiga     :Ibnu Khaldun


Tempat pertama 3 Al Biruni


Tempat pertama 2 Samsung

Tempat pertama  1 Windows

Penyampaian Semula Hadiah Kecemerlangan


Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019 telah diadakan di Kipmall, Kota Warisan. Majlis yang istimewa buat para guru daerah Sepang ini telah dirasmikan oleh wakil Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes; Tn. Suresh a/l Arumugam. Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf jasa-jasa guru selaku pembina bangsa yang berilmu dan bermaruah. 

    Majlis Hari Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Daerah Sepang bersempena Sambutan Hari Guru tahun ini telah menyediakan pelbagai anugerah kepada sekolah-sekolah yang cemerlang. Setinggi-tinggi tahniah buat SKTPP atas kejayaan menerima 15 anugerah kecemerlangan meliputi semua bidang : kurikulum, HEM, kokurikulum dan PPKI iaitu:

1) Anugerah Kelestarian Prestasi UPSR (Peningkatan Peratus MTM 3 Tahun 2016 - 2018)
2) Anugerah Kecemerlangan Bilik Khas (Bilik Pendidikan Jasmani) Sekolah Rendah
3) Anugerah Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah Rendah
4) Anugerah Penyertaan Best Practices 2018 Kategori Pengurusan Akademik (Rendah)
5) Pencapaian Terbaik IMFree
6) Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
7) Anugerah Peningkatan Program Inklusif Terbaik 2018 (Rendah)
8) Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program Pendidikan Khas Terbaik 2018 (Rendah)
9) Anugerah Bilik Kreatif & Inovatif Program Pemulihan Khas Daerah Sepang 2018
10) Anugerah Penglibatan Aktif PIBG
11) Anugerah Best Practices Kokurikulum (Pertama)
12) Anugerah Best Practices Kokurikulum (Ketiga)
13) Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Cemerlang (Sekolah Rendah) :
       Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji
14) Anugerah Jurulatih HEM Cemerlang (Rendah) :
      Pn. Rosmah binti Jamat, dan
15) Anugerah Ikon Kaunselor (Rendah) :
      Pn. Rozimah binti Yaakob


Barisan guru menerima sijil anugerah masing-masing

Tahniah juga buat Tokoh-Tokoh Guru Daerah Sepang 2019. 

Disediakan oleh :Cik Zalina Ismail

No comments:

Post a Comment