Monday, April 15, 2019

Taklimat BTPN Selangor Menjelang Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Kebangsaan

Pada 15 April 2019, Program Kunjung Bantu telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.  Kunjungan tersebut bertujuan membantu guru-guru untuk membuat persediaan ke arah pertandingan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Pelbagai idea yang unik dan menarik telah dikongsi untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bermaklumat sekaligus dimanfaatkan pelajar-pelajar.

Antara pegawai-pegawai yang hadir ialah Encik Nor Ahmad bin Khamzah, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (Unit Kewangan & Perolehan) bersama Encik Wan Mohd. Farik bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan). Pegawai yang turut serta ialah Puan Hajah Siti Aishah binti Aziz; Pegawai Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Mohamad bin Awang dan Encik Azreen bin Shahrin dari PKG Salak.  Puan Juliawati binti Sakiman, Ikon GPM Kebangsaan 2017 (Guru Perpustakaan & Media SMK Dato Abu Bakar Baginda) juga hadir untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman.

Taklimat di Bilik Mesyuarat




Lawatan kunjung bantu ke lokasi-lokasi yang terlibat








Terima kasih banyak diucapkan buat para pegawai yang turun padang berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan warga sekolah. Pihak sekolah akan cuba sedaya mungkin untuk merealisasikan segala saranan dan menambahbaik segala kekurangan dengan harapan Ujana Ilmu dan seluruh sekolah kami  benar-benar dapat memenuhi kehendak Pengurusan Pusat Sumber yang ideal, eksklusif dan membanggakan warga sekolah...

Disediakan oleh;
Pn. Visva Vilasini Goppal

No comments:

Post a Comment