Friday, April 19, 2019

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 2019

Pada hari ini semua murid Tahun Enam SK Taman Putra Perdana telah menjalani ujian psikometrik. Ujian ini merupakan satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pentaksiran Psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan (KPM, 2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melakui aktiviti pembelajaran di sekolah.


Instrumen Kecerdasan Pelbagai
Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) adalah salah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid. Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai (MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002).
  1. Instrumen ini terdiri daripada 90 item persepsi yang mewakili konstruk Ruang, Visual, Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestetik dan Existential.
  2. Setiap konstruk mengandungi 10 item.
  3. Murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada pernyataan mengenai diri mereka di atas borang jawapan yang diberikan.
  4. Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.

Murid-murid bersedia menjawab soalan

Tekun membaca dan menjawab soalan

Jawapan sama ada 'Ya' atau 'Tidak'
 
Alhamdulillah..selesai menjawab

Suasana ketika murid menjawab soalan

Guru sedang mengedarkan inventori dan borang jawapan kepada murid
Guru membacakan arahan sebelum murid menjawab

Lagi laporan berkaitan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam blog Kaunseling Sekolah Taman Putra Perdana di sini

No comments:

Post a Comment