Friday, April 19, 2019

Kejohanan Memanah MSSD Sepang 2019

Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sepang telah berlangsung dari 15 - 18 April 2019 di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Kejohanan ini dijalankan selama 4 hari yang melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah Daerah Sepang peringkat rendah dan menengah.

Seramai 100 orang murid dari seluruh daerah Sepang turut sama menyertai kejohanan ini. Wakil dari SKTPP iaitu Farah Adlina binti Mohd Razif dari kelas 6 Tabla mengambil peluang keemasan ini untuk menimba pengalaman dalam kejohanan seperti ini. 

Jarak yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  • 30 m (kategori bawah 12 tahun)
  • 60 m (kategori bawah 15 tahun)
  • 90 m (kategori bawah 18 tahun)
Manakala  kategori yang perlu disertai adalah seperti berikut:
  • Olimpik Kelayakan, 
  • Olimpik Individu 
  • Olimpik Kumpulan Campuran
  • Olimpik Berkumpulan
Dalam 4 kategori yang dipertandingkan beliau berjaya membantu meletakkan kumpulan beliau di tangga keempat terbaik dalam kategori Olimpik Berkumpulan. Tahniah di ucapkan kepada beliau. Semoga menjadi perangsang kepada beliau dan rakan-rakan untuk menempatkan nama dalam bidang memanah pada masa akan datang. Semoga terus berjaya.

Bersedia!!! 

Partner in Crime 

Shoot 

Ready bagi kategori Olimpik Kumpulan

Berpanas dan berjuang

Medal

Tahniah semua

No comments:

Post a Comment