Monday, April 15, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

Tarikh : 15 April 2019
Hari : Isnin
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Pengerusi Majlis : Pn. Halijah binti Mihat

Gambar 1: Pn. Halijah binti Mihat mengacarakan Majlis Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15

Senarai guru bertugas:

1. En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)
2. Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud (P)
3. Pn. Rozimah binti Yaakob
4. Pn. Salmi binti Amir
5. Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman
6. En. Mohd Hadri bin Ag Idris
7. Pn. Halijah binti Mihat

Gambar 2: Guru-guru bertugas sesi petang minggu ke-15 diperkenalkan kepada murid-murid


Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah


Gambar 3: Murid-murid berdiri tegak bersama menyanyikan 3 buah lagu rasmi

2. Bacaan doa oleh adik Muhammad Hakeem Rizqi bin Norazmi (3 Ibnu Sina)



Gambar 4: Adik Muhammad Hakeem memimpin bacaan doa

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Halijah binti Mihat

Gambar 5: Pn. Halijah semasa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya
Gambar 6: Murid-murid sesi petang bersama membaca ikrar

4. Bacaan ikrar murid oleh adik Adlina Ryhana binti Mohd Rozimi (3 Ibnu Thufail)


Gambar 7: Ketua Pengawas, Adik Adlina memimpin bacaan ikrar murid

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Ke-14) oleh Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim

Gambar 8: Pn. Suriyana menyampaikan laporan bertugas minggu lepas
  • Antara intipati laporan yang disampaikan ialah :
  1. Kebersihan di dalam kelas masih lagi dalam keadaan yang tidak memuaskan. Oleh itu murid diminta menjalankan tugasan harian seperti dalam jadual tugas harian bagi memastikan kelas sentiasa bersih dan kondusif.
  2. Terdapat banyak kes murid-murid sakit perut, Pn. Suriyana mengingatkan murid-murid supaya makan sebelum datang ke sekolah dan elakkan membeli makanan di luar sekolah.
  3. Pn. Suriyana juga mengingatkan murid-murid agar minum air dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini bagi mengelakkan kejadian pitam dan pengsan dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara kini. 

6. Tema ucapan mingguan pada minggu ini ialah : Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum. Ucapan telah disampaikan oleh Pn. Halijah binti Mihat. Antara intipati ucapan tema adalah seperti berikut :
  • Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti luar bilik darjah.
  • Aktiviti ini melibatkan aktiviti Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan.
  • Semua murid digalakkan menyertai aktiviti Kokurikulum
  • Antara kepentingan menyertai aktiviti ini ialah :
  1. Dapat mengisi masa lapang.
  2. Menghindari diri daripada gejala sosial.
  3. Melatih murid-murid menjadi pemimpin melalui jawatan-jawatan yang disandang dalam aktiviti kokurikulum.
  4. Membentuk disiplin diri.


7. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu : Hasad - dengki, iri hati
  • Bahasa Arab : مَطْعَم - Kantin
  • Bahasa Inggeris : Rain - Hujan

8. Hadiah Keceriaan Kelas
    
    Tahun1
  • Pertama : Oracle
  • Kedua    : Windows
  • Ketiga    : Fedora      
Gambar 9: Ketua Kelas Oracle menerima piala johan keceriaan kelas Tahin 1 daripada Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah binti Ahmad

Gambar 10: Ketua Kelas Windows menerima kad pencapaian tempat kedua keceriaan kelas

Gambar 11: Ketua Kelas Fedora menerima kad pencapaian tempat ketiga keceriaan kelas

    Tahun 2
  • Pertama : Samsung
  • Kedua    : Iphone
  • ketiga    : Vivo
Gambar 12: Ketua Kelas Samsung menerima piala johan keceriaan kelas Tahun 2 daripada Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah binti Ahmad

Gambar 13: Penolong Ketua Kelas Iphone menerima kad pencapaian tempat kedua keceriaan kelas

Gambar 14: Penolong Ketua Kelas Vivo menerima kad pencapaian tempat ketiga keceriaan kelas

     Tahun 3
  • Pertama : Al-Biruni
  • Kedua    : Al-Farabi
  • Ketiga   : Ibnu Khaldun
Gambar 15: Ketua Kelas Al-Biruni  menerima piala johan keceriaan kelas tahun 3 daripada Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah binti Ahmad

Gambar 16:  Ketua Kelas Al-Farabi menerima kad pencapaian tempat kedua keceriaan kelas

Gambar 17: Ketua Kelas Ibnu Khaldun menerima kad pencapaian tempat ketiga keceriaan kelas

9. Penyampaian Hadiah Kuiz Minggu PSS 2019


  • Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab dengan betul soalan kuiz Minggu Pusat Sumber 2019 yang dijalankan pada minggu lepas. Hadiah disampaikan oleh Pn. Jumilah binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Petang. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera.













Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!

Perhimpunan berakhir pada jam 2.10 petang.


Laporan Disediakan Oleh :
En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment