... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 5, 2019

Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Sekolah (Sesi Petang)

Tarikh :   5 April 2019
Masa :     3.00 pm
Tempat :  Dewan Perdana SKTPP

       Pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Sekolah (Sesi Petang) bagi Tahun 2019, anjuran Panitia Pendidikan Islam. Program ini dimulai dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah yang bertajuk Perjalanan Rasulullah dalam Peristiwa Isra' Mikraj. Sesi ceramah ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Antara pengisian ceramah ialah mengenai perjalanan Nabi s.a.w dari Mekah ke Jurusalem dan ia disambut pada setiap tahun oleh umat Islam pada hari ke-27 di bulan Rejab. Penceramah bukan saja menyampaikan fakta-fakta mengenai Isra' Mikraj, malahan menekankan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang Islam khususnya kepentingan solat dalam kehidupan.
     Selain itu, kuiz juga diadakan untuk menarik minat dan perhatian murid-murid untuk mendengar dan menghayati bersungguh-sungguh apa yang disampaikan oleh penceramah. Kuiz ini telah dijalankan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 sebanyak 3 pusingan yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Halil. Murid yang berjaya menjawab kuiz diberi hadiah saguhati.

        Berikut adalah gambar kenangan semasa sesi ceramah dan aktiviti kuiz yang telah dijalankan.

Murid Tahun 1 dan 2 sedang khusyuk mendengar ceramah

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah

Murid Tahun 3 sedang khusyuk mendengar ceramah

Saat kuiz dijalankan

Hadiah saguhati yang berikan kepada murid yang tepat menjawab soalan kuiz

Wajah-wajah guru SKTPP

Suasana Sambutan Isra' Mikraj

Semoga dengan perlaksanaan sambutan ini, murid dapat menghayati dan mengambil iktibar peristiwa perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah.

Disediakan oleh:
Salmi Binti Adnan

No comments:

Post a Comment