Tuesday, September 10, 2013

BENGKEL CHROMEBOOK FASA 1 DAN FASA 2

Tarikh : 10 September 2013
Hari : Selasa
Masa :-
- Fasa 1 : 8.00 pagi - 10.00 pagi
- Fasa 2 : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 2

Fasilitator :-
- Makmal Komputer 1
  1. Zainur Jimah Bt. Abdullah
  2. Parimala a/p Vengadaslam
  3. Arjunawati Bt. Ahmad Nuze
- Makmal Komputer 3
  1. Norinna Bt. Mohamed
  2. Nor Azura Bt. Mustafa
  3. Noor Azlinda Bt. Kasmin
  4. Rashidah Bt. Mahmad

Pada hari ini telah di jalankan satu LADAP berkaitan dengan bengkel penggunaan chromebook. Ianya terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dikhususkan untuk guru-guru bilik guru bawah dan guru Pendidikan Khas. Manakala Fasa 2 dikhususkan untuk guru-guru bilik guru atas. Diharapkan dengan adanya bengkel chromebook ini akan dapat memberi peluang pada guru-guru untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan serta pengalaman tentang penggunaan peralatan ICT yang terkini.

Dalam masa yang sama juga, bengkel ini juga dapat membantu guru membimbing murid-murid dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan serta pengendalian chromebook. Oleh itu, disini serba sedikit diceritakan tentang apa itu chromebook.

Chromebook adalah satu komputer mudah alih yang digunakan khas untuk penggunaan berasaskan internet. Ianya adalah  peralatan komputer yang mempunyai Sistem Operasi Chrome. Dalam masa yang sama, chromebook beroperasi dan berfungsi menggunakan teknologi cloud. Oleh itu, chromebook merupakan peralatan yang akan digunakan untuk mengakses Internet dan Frog VLE.

Gambar-gambar berikut memaparkan situasi bengkel yang sedang berjalan di makmal komputer 1 dan makmal komputer 3:












Akhir kata, semoga dengan ada kemudahan yang telah disediakan diharapkan agar warga SK Taman Putra Perdana dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta meningkatkan lagi pengetahuan tentang teknologi maklumat.

No comments:

Post a Comment