... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, September 1, 2013

LAPORAN PEMBUDAYAAN SEKOLAH (BERATUR) - SESI PETANG

Pada hari Jumaat (30 Ogos 2013), satu taklimat tentang Pembudayaan Sekolah iaitu beratur telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP pada pukul 2.20 hingga 2.30 petang. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Wan Roswandy bin Wan Ibrahim, yang melibatkan semua murid Tahun 1,2 dan 3 serta semua guru sesi petang. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mendisiplinkan murid ketika beratur di tapak perhimpunan, Dewan Perdana, Dewan Putra, semasa berjalan, berbaris, menuju ke kelas atau ke bilik-bilik khas.

ETIKA BERATUR

Perhimpunan Hari Isnin
  1. Murid berbaris di tempat yang ditetapkan dengan dua barisan setiap kelas. ( 2 baris lelaki di hadapan diikuti murid perempuan di belakang.)
  2. Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi ke belakang.
  3. Setiap  kelas diketuai oleh seorang pengawas yang telah ditetapkan.
  4. Pengawas hendaklah memastikan murid di bawah jagaannya berbaris dengan penuh disiplin.
  5. Semua beg sekolah hendaklah diletakkan di tengah - tengah murid supaya kemas dan teratur.
  6. Ketua kelas hendaklah berada di hadapan (sebelah kiri)
  7. Bersurai: semua murid beredar didalam keadaan berbaris menuju ke kelas mengikut laluan yang ditetapkan bersama dengan guru pada masa tersebut.

Etika Beratur ke Bilik Khas

  1. Hendaklah beratur didalam dua barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan di belakang.)
  2. Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
  3. Ketua kelas hendaklah berada di hadapan barisan manakala penolong ketua kelas hendaklah berada di belakang sekali.
  4. Apabila semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang ditentukan.
  5. Semua murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
  6. Apabila bertemu dengan guru, pelawat atau sesiapa sahaja cukup dengan hanya ketua kelas sahaja yang memberi salam atau ucapan selamat.
  7. Sebaik sahaja sampai ke bilik tersebut tunggu arahan guru untuk masuk ke bilik tersebut.
  8. Pastikan kasut dan beg disusun rapi di luar bilik khas atau di rak yang telah disediakan 


Etika Beratur bagi murid kelas pemulihan jQAF, Kelas Tamil, dan Kelas Moral;
  1. Murid yang pergi ke kelas ini haruslah menulis nama mereka di bahagian catatan “hal-hal lain”. Minta tolong guru catatkan nama mereka dalam buku kawalan kelas.
  2. Hendaklah beratur didalam dua barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan di belakang.)
  3. Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
  4. Murid yang rendah hendaklah berada di hadapan barisan diikuti murid yang tinggi berada di belakang sekali.
  5. Apabila semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang ditentukan.
  6. Semua murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
  7. Apabila bertemu dengan guru, pelawat atau sesiapa sahaja cukup dengan hanya murid yang di depan sahaja yang memberi salam atau ucapan selamat.
  8. Sebaik sahaja sampai ke bilik tersebut tunggu arahan guru untuk masuk ke bilik tersebut.
  9. Pastikan kasut dan beg disusun rapi di luar bilik khas. 

Etika Beratur selepas tamat rehat
  1. Murid tahun 1 beratur di hadapan dewan manakala murid tahun 3 di belakang. 
  2. Murid berbaris di tempat yang ditetapkan dengan dua barisan setiap kelas. ( 2 baris lelaki dihadapan diikuti murid perempuan di belakang.)
  3. Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
  4. Murid yang rendah hendaklah berada di hadapan barisan diikuti murid yang tinggi berada di belakang sekali.
  5. Murid yang beragama Islam membaca doa selepas makan bersama-sama.
  6. Murid mesti senyap dan menjaga tatatertib dan tingkahlaku sementara menunggu guru mata pelajaran mengambil mereka.
  7. Bagi mengawal murid di Dewan Perdana, pengawas yang menjaga kelas-kelas yang telah ditetapkan haruslah menjaga kelas tersebut. Ini adalah bagi melancarkan perjalanan ke kelas-kelas menjadi teratur dan tidak bertembung sesama mereka.
  8. Guru mata pelajaran selepas rehat perlu mengambil anak murid mereka bagi melancarkan perjalanan ke kelas menjadi lancar.

Etika Beratur ketika balik
  1. Hendaklah beratur di dalam satu barisan. (Murid lelaki di hadapan manakala murid perempuan di belakang.) Baris di sebelah dinding kelas.
  2. Murid rendah di hadapan manakala yang tinggi ke belakang.
  3. Ketua kelas hendaklah berada di hadapan barisan manakala penolong ketua kelas hendaklah berada di belakang sekali.
  4. Apabila semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang ditentukan.
  5. Semua murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.

Penggunaan Buku Kawalan Di Bilik Khas
  1. Pihak Pentadbir hendaklah menyediakan sebuah buku keluar masuk murid.
  2. Di akhir waktu pdp, buku tersebut hendaklah dihantar ke pejabat.

Murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 tekun mendengar taklimat di Dewan Perdana


Murid-murid Tahun 1  mendengar taklimat


Susunan murid sebelum demo dilakukan


Murid-murid 2 Zuhrah bersedia untuk melakukan demo


Ketua kelas berada di barisan hadapan


Demo meluruskan barisan




No comments:

Post a Comment