... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, September 20, 2013

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia

Pada pagi ini, 20 September 2013 telahpun berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia seawal 7.40 pagi murid telahpun berkumpul di Dewan Perdana selepas sesi perhimpunan pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal bin Ismail.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar En Sukimin bin Juki, beliau telah menceritakan tentang sejarah yang membawa kepada tercapainya kemerdekaan. Siri kolonial penjajahan ke atas Tanah Melayu turut diceritakan bagi memberi pengertian harga sebuah kemerdekaan dan peri pentingnya unsur perpaduan di samping nilai patriotisme dan ilmu pengetahuan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pakaian beragam oleh murid-murid PPKI yang berkisar tentang tokoh-tokoh negara dalam bidang politik,sukan,seni, tidak ketinggalan persembahan cilik dari murid-murid PRA sekolah dengan koir lagu patriotik. Pemenang -pemenang pertandingan koir dari Tahun 4, turut membuat persembahan bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini.

Majlis berakhir dengan penyampai hadiah kepada para pemenang oleh Guru Besar.

Tahniah!!! diucapkan kepada para pemenang.
Tahun 6 ( Kuiz Merdeka)
1. Annatasyia Batrissyia bt Yusri (6 Tiung)
2. Abyana Afiqah bt Zulkarnain   (6 Tiung)
3. Nurul Ezza Fazlina bt Abu       (6 Tiung)
Saguhati :
Muhd Iskandar Muqri bin Mazli  (6 Tiung)
Emran bin Ezral                           (6 Tiung)

Tahun 5 ( Buku Skrap )
1. Nur Nadia Zulaikha bt Zaina          (5 Seraya)
2. Nur Husna Umairah bt Norazman  (5 Nyatoh)
3. Ira Syazlyana bt  Mohd Shaiful Nizam  ( 5 Resak )
Saguhati:
Nur Hanis Natasha bt Hamdan                   ( 5 Nyatoh)
Muhammad HidriAiman bin Mohd Lokman (5 Resak)

Tahun 4 (Koir)
1. Kelas 4 Myvi
2. Kelas 4 Waja
3. Kelas 4 Persona
Saguhati:
4 Iswara
4 Wira

Gambar Sekitar Majlis........

                                     Pn Nurliza selaku juruacara majlis menyampaikan ucapan.
Guru Besar, En Sukimin bin Juki menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia.

Wajah ceria anak merdeka ini menambah kemeriahan majlis.

Persembahan sketsa tokoh-tokoh negara oleh murid-murid PPKI

Persembahan koir dari anak-anak PRA sekolah.

Persembahan koir yang begitu bersemangat dari murid-murid Tahun 4

Tersenyum bangga mendapat hadiah.....terima kasih cikgu!!!!

Wajah ceria..tatkala menerima ganjaran...Tahniah!!! anak-anakku

warga PPKI yang sporting!!!!!

Tahniah!!!kegembiraan terpamer di wajah...

No comments:

Post a Comment