Tuesday, September 17, 2013

PROGRAM MOTIVASI ANJAKAN MINDA TAHUN 1 & 2

Makluman kepada ibu bapa/penjaga bahawa satu Program Lawatan Motivasi Anjakan Minda bagi tahun 1 & 2 telah diadakan pada Sabtu lalu (14 September 2013). Lawatan ini telah melibatkan seramai 8 orang guru pengiring bersama 81 orang murid yang terdiri daripada 40 orang murid Tahun 1dan 40 orang murid Tahun 2. Pemilihan murid dibuat berdasarkan kepada pencapaian sepanjang tahun 2013. Lawatan tersebut telah melibatkan beberapa tempat iaitu:


  1. Domino's Pizza (Puchong Utama dan Puchong Jaya)
  2. Cruise Tasik Putrajaya
  3. Kilang Coklat Berryl's
  4. Pusat Sains Negara (lokasi asal sepatutnya di Zoo Negara tetapi terpaksa ditukar pada saat akhir kerana faktor hujan di Bandaraya Kuala Lumpur. Pertukaran ini telah dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga melalui Facebook SK Taman Putra Perdana)
Beberapa gambar kenangan murid-murid sepanjang lawatan ini.

Antara hasil yang dibuat oleh murid-murid

Murid-murid menikmati pemandangan di atas Cruise Putrajaya

Baratur untuk ke dapur Domino's. Kebersihan menjadi keutamaan dalam penyediaan.

Domino's Puchong Utama

Murid-murid menikmati juadah melalui hasil yang dibuat sendiri.

Semoga lawatan ini berjaya memberikan lebih motivasi kepada murid-murid untuk mendapatkan tempat pada masa akan datang. Terima kasih atas kerjasama dari pihak sekolah dan juga ibu bapa.



2 comments:

  1. seronok... anak saya pun kata seronok sangat... terutama semasa di Pusat Sains Negara... Thanks SKTPP - Ibu kepada Nur Amirah Syahirah...

    ReplyDelete
  2. anak saya tidak terpilih dalam PROGRAM MOTIVASI ANJAKAN MINDA TAHUN 1 & 2 nih.. kesian juga pada dia.. katanya kawan² ada pergi tp nama dia tidak terpilih...sedih juga..

    ReplyDelete