Tuesday, September 3, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ALAT TULIS KEPADA CALON UPSR 2013.

Pada pagi ini, bertempat di Dewan Perdana SKTPP, telah berlangsungnya majlis penyampaian sumbangan berupa alat tulis oleh YB.Encik Shahrom bin Sarip(ADUN Dengkil) kepada calon-calon UPSR SKTPP bagi tahun 2013.

Pihak sekolah amat berbesar hati kerana dipilih untuk menerima sumbangan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YB di atas sumbangan tersebut. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi perangsang kepada para pelajar untuk menjawab peperiksaan dengan bersungguh-sungguh, seterusnya berjaya mendapat keputusan yang  cemerlang.

Antara paparan yang sempat dirakam untuk tatapan semua.

Sesi perbincangan di bilik Guru Besar sebelum majlis berlangsung.

Guru Besar sedang memberi ucapan alu-aluan.


En.Shahrom(ADUN Dengkil) sedang memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada calon UPSR .

Pelajar-pelajar tahun 6 begitu khusyuk mendengar amanat dari YB.

Para pelajar sedang menerima sumbangan dari YB. En.Shahrom.

Pelajar begitu teruja mendapat sumbangan YB.

Wajah-wajah ceria  calon UPSR 2013 selepas majlis penyampaian.

Sempat bergambar kenangan di hadapan mural yang baru siap.

No comments:

Post a Comment