Friday, September 13, 2013

LINUS SARINGAN 2 (TAHUN 1, 2 dan 3)

Dimaklumkan bahawa, semua murid tahun 1 ,2 dan 3 akan menjalani Ujian Saringan LINUS (Literacy and Numeracy Screening) mulai 17 September hingga 11 Oktober 2013 bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik.  Saringan ini akan dijalankan dalam bentuk lisan dan bertulis.
  
Lisan             :   17 September – 27 September          
                                    Bertulis         :   29 September – 11 Oktober    

Saringan ini bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi.  Murid yang tidak menguasai akan dikekalkan dalam kelas LINUS.  Manakala murid yang melepasi saringan akan mengikuti Kelas Aliran Perdana (kelas biasa).  Pihak sekolah akan memaklumkan keputusan saringan ini dan perubahan kelas sekiranya ada.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

No comments:

Post a Comment