Tuesday, September 17, 2013

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA

Pada pagi ini 17hb September 2013 telah diadakan Program Melangkah Ke Alam Remaja  untuk murid-murid tahun 6.

Objektif  Program

·            *   Meningkatkan pengetahuan murid tentang perubahan fizikal , mental dan rohani yang akan mereka alami 
           sebagai seorang remaja.

·            *  Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cabaran-cabaran yang akan dilalui sebagai
          seorang remaja.

·             *  Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menerima perubahan diri secara positif.

Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar terhadap semua murid Tahun 6.

Antara paparan yang dapat dikongsi sepanjang program:



Program dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Mahadir bin Midun

Murid-murid khusyuk mendengar ceramah dan motivasi tentang alam remaja.

Penceramah begitu semangat memberi ceramah dan nasihat kepada murid-murid.

Penceramah sedang berkongsi nasihat dan maklumat dengan murid-murid perempuan di Pusat Sumber.

Murid-murid memberi respon yang positif dan teruja untuk mendapat maklumat daripada penceramah.

Murid-murid lelaki sedang menghayati sesi yang diadakan di surau.

Antara slot yang begitu menyentuh perasaan pelajar.

Sesi  penutupan majlis Program Melangkah ke Alam Remaja dijalankan oleh Pn.Mazzaini bt Muda.

No comments:

Post a Comment