Tarikh : 30
Ogos 2013
Hari :
Jumaat
Masa : 1.00
hingga 4.00 petang
Tempat :
KLPAC (The Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul Park)
Frog Teacher
Champion:
1. Puan
Arjunawati binti Ahmad Nuze
2. Cik Noor
Azlinda binti Kasmin
3. Puan
Nor-Azura binti Mustafa
4. Puan
Norinna binti Mohamed
Frog Student
Champion:
1. Nur
Yasmin Syahirah binti Md Yusaini (5 Resak)
2. Iffah
Firzanah binti Zulhazmi (4 Wira)
Serba sedikit mengenai
Nick Vujicic
Nicholas James Vujicic dilahirkan pada 4
Disember 1982 di Brisbane, Australia tanpa tangan dan kaki.
Semasa zaman persekolahannya, Nick sering dibuli sehingga mengakibatkan beliau sangat tertekan dan cuba untuk membunuh diri pada umur 8 tahun. Semasa
berumur 10 tahun, beliau pernah cuba melemaskan diri dalam air sedalam 4
inci. Satu titik perubahan dalam hidupnya tiba apabila ibunya menunjukkan
kepada dirinya satu artikel akhbar tentang seorang lelaki yang mengalami
kecacatan yang lebih teruk namun mampu menguruskan dirinya sendiri. Sejak itu
Nick mula sedar, dan menerima kekurangan dirinya untuk meneruskan kehidupan.
Nick menjadi graduan
universiti pada usia 21 tahun dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Perdagangan, dengan dua pengkhususan utama dalam
jurusan perakaunan dan perancangan kewangan.
Sejurus selepas itu dia mula menjadi seorang penceramah motivasi dan
memberi tumpuan kepada isu-isu remaja. Pada 12 Februari 2012 Nick berkahwin
dengan Kanae Miyahara dan pada 13 Februari 2013 anak lelaki mereka Kiyoshi
James Vijucic telah dilahirkan. Kini mereka tinggal di di Los Angeles ,
California , Amerika Syarikat.
Berikut ialah gambar sekitar program berlangsung:
Semoga kita semua mendapat inspirasi dari Nick Vujicic. Perkongsian dari Nick Vujicic akan dijadikan panduan dan pengajaran untuk semua. Di bawah ini adalah paparan video mengenai Nick Vujicic tentang kehidupan awal beliau. Selamat menonton.....
No comments:
Post a Comment