Saturday, September 21, 2013

Majlis Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56 Dan Sambutan Hari Malaysia (Sesi Petang)

Pada 20 September 2013 telah berlangsung Majlis Penutupan Hari  Kemerdekaan Ke 56 dan Hari Malaysia.  Murid-murid telah berkumpul pada pukul 3.20 petang di Dewan Perdana.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin.   Majlis diteruskan dengan ucapan penutupan oleh Penolong Kanan Petang Encik Rosdin bin Ibrahim. Sebelum itu Encik Rosdin melaungkan merdeka sebanyak tiga kali diikuti oleh semua murid dan guru-guru.

Sebelum majlis penutupan bermula majlis diserikan dengan pertandingan pakaian beragam yang diperagakan oleh adik-adik cilik tahun 1.

Acara-acara pertandingan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan:

►        Pakaian beragam             - Tahun 1
►        Mewarna                             - Tahun 2
►        Koir                                         - Tahun 3


Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan koir daripada murid-murid 3 Omega di bawah pimpinan Puan Norazah  binti Ali menyampaikan lagu patriotik yang bertajuk  ‘Nyalakan Tekad’. Kumpulan koir 3 Omega telah mendapat  naib johan dalam pertandingan koir sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.


Penolong Kanan Petang Encik Rosdin telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. Tahniah, kepada pemenang-pemenang! Kepada peserta-peserta yang tidak bernasib baik jangan berputus asa cuba lagi pada tahun hadapan.


Majlis berakhir dengan nyanyian lagu patriotik yang bertajuk ‘Satu Malaysia’  oleh kumpulan koir daripada 3 Zeta di bawah pimpinan Puan  Jumilah binti Ahmad dan Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman yang telah menjuarai pertandingan koir berserta murid-murid dan guru-guru.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.



Persembahan pertama murid Tahun 1-Pakaian Beragam
Pasangan sedondon
Cantik bergaya
Barisan Peserta Pakaian Beragam Tahun 1
Peserta-peserta Perempuan Tahun 1 yang cantik dan comel
Persembahan Menarik bak Pahlawan Melayu
Persembahan yang sangat bergaya
Sedia berkhidmat untuk negara
Gadis Melayu yang sungguh ayu berkebaya
Cantik dan sopan berselendangkan bendera Malaysia
Ratu Bendera
Puan Zabedah dan Puan Nor Maziah sebagai Hakim Persembahan sedang serius membincangkan keputusan
Peserta -peserta Lelaki Tahun 1 yang sangat bergaya

Ucapan En.Rosdin (PK Petang) yang penuh semangat
Persembahan Koir oleh murid Tahun 3 Omega
En. Rosdin menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna Tahun 2
Johan Pakaian Beragam
Naib Johan Pakaian Beragam
Pemenang-pemenang Pakaian Beragam
En. Rosdin bersama semua peserta pakaian beragam



PK Petang bersama-sama bersemangat menyanyikan  lagu sebelum majlis berakhir






Disediakan oleh :
Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Puan Zabedah binti Othman



No comments:

Post a Comment