Thursday, September 5, 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6 FASA 2 2013


Pada hari Khamis malam Jumaat 05 haribulan September 2013 (bersamaan 29 Syawal 1434 Hijrah), SKTPP telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yaasin fasa 2 sempena UPSR tahun 2013 yang akan bermula pada hari Selasa, 10 September. Seramai 332 orang peserta yang terdiri daripada guru,  ibubapa dan pelajar  telah menjayakan majlis tersebut. Pendaftaran telah dibuka seawal jam 6.30 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Manaka solat Isyak dan solat Hajat pula diimamkan oleh Ustaz Mohd Arif Asa’ad bin Johari, dari Infitah Consultant .Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibubapa dan calon UPSR 2013.  Ceramah itu turut disampaikan oleh beliau.



Objektif Program
1)  Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
2)  Murid dapat mengetahui keperluaan sebagai seorang hamba Allah untuk
     memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
3)  Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika           
     menghadapi peperiksaan.
4)  Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.

Laporan Bergambar

Pendaftaran ibu bapa dan murid-murid Tahun 6
Solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Mahadir bin Midon
Hadirin muslim khusyuk membaca Yaasin 
Muslimah turut sama membaca Yaasin 
Peserta khusyuk mendengar ceramah selepas solat hajat
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Arif Asa’ad bin Johari
Semoga murid-murid Tahun 6 mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2013. Doa ibu bapa dan guru-guru mengiringi perjalanan mereka dalam menggapai kejayaan.

Disediakan oleh:
Nurzainon Bt Md Razalli & Norliza Ali 

No comments:

Post a Comment