Tuesday, April 29, 2014

Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014

Tarikh   :  28 April 2014
Tempat :  Stadium Hoki Seremban 2, Negeri Sembilan.

Dalam Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014, SKTPP telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah.
Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini iaitu :

1- SK TAMAN PUTRA PERDANA
2- SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
3- SK PULAU MERANTI
4- SK KOTA WARISAN
5- SJKT DENGKIL
6- SJKT SEPANG
7- SJKT TELUK MERBAU

Pencapaian SK Taman Putra Perdana

1- Kategori Lelaki - JOHAN
2- Kategori Perempuan - KETIGA

SOROTAN GAMBAR KEJOHANAN

URUSETIA MENGURUSKAN PENDAFTARAN PESERTA

 PEGAWAI KEJOHANAN MEMULAKAN TUGAS

 BARISAN JUARA - PASUKAN SKTPP

 PASUKAN HOKI PEREMPUAN SKTPP

 WAKIL TEMPAT KETIGA - SKTPP

 WAKIL JOHAN - SKTPP

PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN

SEMOGA SKTPP TERUS BERJAYA.

Lawatan Thai lagi

SK Taman Putra Perdana telah sekali lagi menerima lawatan daripada pelawat-pelawat Thailand pada hari ini 28 April 2014. (Lawatan yang lalu sila klik di sini). Seramai 20 orang tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Thornbury Thailand yang mengambil sarjana dalam pendidikan. Rombongan dari Thailand ini telah tiba di SK Taman Putra Perdana pada pukul 2:00 petang. Kehadiran tetamu ini disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar.

Majlis dimulakan dengan pihak rombongan menyaksikan persembahan murid Tahun Tiga di Dewan Perdana. Tetamu turut ditemuramah mengenai masalah dadah. Kemudian para tetamu dibawa ke bilik mesyuarat. Majlis dimulakan dengan ucapan dari PK Petang; Pn. Rosmah dan wakil dari pihak pelawat iaitu En. Koweepong Ob Malee telah menyampaikan ucapan. Majlis diteruskan dengan tayangan video mengenai sekolah. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan di Pusat Sumber. Semoga ikatan jaringan antara pihak Thailand dan Malaysia terus terjalin dalam suasana harmoni..


Menunggu ketibaan tetamu
Ketibaan tetamu dari Universiti Thorbury Thailand
Cenderahati dari SK Taman Putra Perdana

Wawancara mengenai dadah
Mempromosi kami anti dadah
Jamuan ringan di Pusat Sumber
Bergambar kenangan

Teknik Menjawab Soalan UPSR Fasa 1, 2014

TARIKH                  : 22 & 24 APRIL 2014 (SELASA & KHAMIS)
MATA PELAJARAN : i) SAINS DAN BAHASA INGGERIS
                                  ii) MATEMATIK DAN BAHASA MALAYSIA
MASA                     : 8.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
SASARAN               : SEMUA MURID TAHUN ENAM

SK Taman Putra Perdana telah mengadakan program Teknik Menjawab UPSR (Fasa 1) bagi membantu semua murid Tahun 6 yang bakal menduduik UPSR pada tahun ini. Program ini memberi pendedahan mengenai teknik menjawab soalan dan diharapkan dapat membantu calon-calon meningkatkan kemahiran masing-masing dari segi teknik menjawab soalan UPSR. Program ini telah dijalankan pada hari Selasa bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Manakala untuk mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia, ia telah diadakan pada hari Khamis. Penceramah-penceramah adalah Encik Safri bin Abdullah bagi mata pelajaran Sains, Puan Kwa Jin Nee bagi Bahasa Inggeris, Encik Zakaria bin Abd Rani bagi mata pelajaran Matematik dan Puan Azila  binti Ngah serta Encik Tarmiji bin Sabali bagi Bahasa Malaysia. 

Walaupun wujudnya masalah lokasi kerana hujan lebat pada hari Khamis, namun tindakan pantas dan kerjasama yang padu serta erat antara guru-guru, maka program dapat diteruskan dengan sempurna. Kepada semua AJK Pelaksana dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, syabas dan terima kasih diucapkan.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.  

i) Sains & BM



Penceramah BM, En. Tarmiji bin Sabali
        Penceramah BM, Pn. Norazila bt Ngah         
                                                

Bersama penceramah Sains, En. Safri bin Abdullah
            


ii) Matematik & BI

Penceramah Matematik, En. Zakaria bin Abd Rani
            


Penceramah BI, Pn. Kwa Jin Nee
           

Laporan Mingguan Minggu Ke-17 (28 April - 02 Mei 2014)

Tarikh : 28 April 2014
Masa : 1:20 - 1:50 ptg
Tempat : Dewan Perdana


Guru bertugas ( kumpulan A ) :-

1. Pn Yani bt Mohamad Sharif
2. Pn Nur Malisha bt Omar
3. Pn Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
4. Pn Norazah bt Mohd Ali
5. Pn Ummu Athiah bt Hashim
6. Pn Maizara bt Mahat
7. En Saifullah bin Mat Saupi

Laporan / Ulasan :-

1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah yang telah dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir.

2. Bacaan doa dipimpin oleh pengawas yang bertugas.

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn Wan Sarinah serta bacaan ikrar murid dipimpin oleh pengawas bertugas.

4. Laporan mingguan oleh guru bertugas pada minggu lepas yang disampaikan oleh Pn Nurul Huda bt Yaacob.

5. Ucapan guru bertugas pada minggu ini yang disampaikan oleh Pn Wan Sarinah :-
    - memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
    - mengingatkan murid tentang kebersihan diri dan kelas.
    - mengingatkan murid yang kurang sihat supaya berehat sahaja dirumah tidak perlu ke sekolah    sehingga sihat sepenuhnya.
    - mengumumkan berkaitan cuti sempena hari pekerja pada 1 Mei 2014 ( khamis ) dan murid kembali ke sekolah pada keesokan harinya.
    - kelas tasmik untuk tahun 1 dan 2 berjalan seperti biasa pada hari Selasa.

6. Pengumuman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas :-

Tahun 1 :
Tempat Pertama : 1 Seruling
Tempat Kedua : 1 Bonang
Tempat Ketiga : 1 Nafiri

Tahun 2 :
Tempat Pertama : 2 Surgeri
Tempat Kedua : 2 Radiologi
Tempat Ketiga : 2 Respiratori

Tahun 3 :
Tempat Pertama : 3 Zuhrah
Tempat Kedua : 3 Uranus
Tempat Ketiga : 3 Musytari

7. Perhimpunan tamat pada jam 2:00 petang.

Laporan ini disediakan oleh Pn Ummu Athiah bt Hashim.

Monday, April 28, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-17

Tarikh     : 28 April 2014
Masa      : 7.30 – 8.30am
Tempat   : Dataran Perhimpunan

GURU -GURU  BERTUGAS:
1.            Encik Tarmiji Bin Sabali
2.            Puan Khaironnajmi Binti Haron
3.            Puan Norsiah Binti Mohd Nor
4.            Puan Nor Azura Binti Mohd Asir
5.            Puan Azlina Binti Mat Isa
6.            Puan Nurul Huda Binti Hasbullah
7.            Puan Norhafiza Binti Ismail
8.            Puan Astina Binti Mahad Nor

Laporan / ulasan

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn Astina 
  • Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal Bin Rahmat
  • Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Puan Nurul Huda Binti Hasbullah
  • Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain

 
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Parimala a/p Vengadaslam

Ramai murid yang didapati kurang sihat
Sekiranya murid sakit dari rumah, murid dinasihatkan supaya berehat di rumah sehingga pulih. Sekembali ke sekolah sila pastikan membawa sijil cuti sakit.

Kebersihan Kelas
Kebanyakan kelas masih berada di dalam keadaan yang tidak bersih. Murid diminta membuat tugasan mengikut jadual tugas yang telah disediakan.
 
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
1.Kelas PPKI
·               Tempat pertama Compaq
·               Tempat Kedua Apple
·               Tempat ketiga Dell
2.Tahun 4
·               Tempat pertama Theta
·               Tempat Kedua Beta
·               Tempat ketiga Gamma
3.Tahun 5
·               Tempat pertama Exora
·               Tempat Kedua Savvy
·               Tempat ketiga Waja
4.Tahun 6
·               Tempat pertama Jati
·               Tempat Kedua Keruing
·               Tempat ketiga Resak



Ucapan guru bertugas pada minggu ini (Puan Nurul Huda Binti Hasbullah)

1.Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.Perkataan lawad pada minggu ini:
·               Bahasa Melayu-   antah (butir-butir padi dalam beras)
·               Bahasa Inggeris – yawn (menguap)
·               Bahasa Arab  -  rosmun (melukis)
3. Penggunaan makmal
·               Makmal 1 – 4 Beta
·               Makmal 2 –  4 Theta
·               Makmal 3 -  6 Jati

4.Tema : Mengurus masa
- Antara tip mengurus masa :
·         Mempunyai matlamat untuk semua aktiviti harian
·         Mempunyai jadual untuk merancang waktu belajar dan aktiviti harian
·         Mempunyai fokus utama dalam melakukan tugas
·         Mempunyai waktu rehat yang cukup
·         Elakkan bertangguh kerja
·         Jangan memberi alasan dan berkata tidak cukup masa untuk belajar.

Ucapan Pn Jamilah binti Arifin (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)



Beliau telah mengulas tentang kepentingan kebersihan kelas. Murid diharapkan dapat memupuk nilai bertanggungjawab untuk menjalankan tugasan membersihkan kelas tanpa menunggu arahan daripada guru. Pastikan kerjasama antara murid sewaktu menjalankan tugasan dan mestilah mengikut jadual tugas yang telah ditetapkan.

Sunday, April 27, 2014

Pelancaran Program Memperkasa Kecemerlangan UPSR 1Malaysia (MERKUR1) 2014

Tarikh : 26 April 2014

Masa  : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : SK Taman Putra Perdana


Pada hari ini, terukir memori indah di SKTPP kerana dipilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Pelancaran Program Memperkasa Kecemerlangan UPSR 1Malaysia (MERKUR1) peringkat daerah Sepang. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd Sharif (ADUN Dengkil) yang telah berbesar hati merasmikan seterusnya melancarkan program tersebut. Hadirin telah dimaklumkan oleh Pengerusi MGB Daerah Sepang bahawa Y.B. Tuan Shahrum telah berbesar hati menambah sumbangan dana MERKUR1 daripada RM5000 kepada RM8000 yang meliputi sekolah-sekolah di DUN Sg. Pelek & Batu Laut. Hal ini telah diumumkan oleh YB semasa Mesyuarat Agung MGB Daerah Sepang pada hari Selasa 22.4.2014 yang lepas. Sesi penyerahan 'Mock Cheque' daripada YB kepada Pengurus Syarikat One Touch Sdn. Bhd (Zoom A) turut dilangsungkan pada hari ini.


Turut sama memeriahkan majlis adalah tetamu-tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Sailan bin Misran mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Pengerusi  Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang, Encik Sukimin bin Juki, Pengurus dan staf One touch Education Sdn. Bhd., guru besar-guru besar, penyelaras-penyelaras tahun 6 dan murid-murid dari SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Pulau Meranti, SK Cyberjaya dan SJK(C) Sin Ming yang merupakan sekolah-sekolah Zon 1. Program yang sama akan turut diadakan di SK Dengkil & SK Dato' Abu Bakar Baginda bagi Zon 2 dan 3 seterusnya di sekolah- sekolah DUN Sg. Pelek & Batu Laut.


Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik murid sekolah di daerah Sepang terutamanya pencapaian UPSR, membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan murid dan membina hubungan baik atas nama perpaduan 1Malaysia dengan sekolah-sekolah berhampiran. Selain majlis perasmian, turut diadakan Kem Perdana Zoom-A yang disertai murid-murid dan guru-guru dari sekolah terbabit bertempat di Makmal Komputer.


Berikut adalah momen-momen yang sempat dirakamkan sepanjang pelancaran Program MERKUR1 2014. Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Shahrum, PPD Sepang, MGB Sepang, sekolah-sekolah yang terlibat serta pihak Zoom-A yang telah bermurah hati menyumbang kos pelancaran majlis.


Disediakan oleh :
Pn Khaironnajmi binti Haron & Pn Norliza binti Ali

Wednesday, April 23, 2014

Laporan Aktiviti Karnival Kawad Kaki Unit Uniform 2014

Pada hari Rabu, 23 April 2014 telah diadakan Karnival Kawad Kaki Unit Uniform peringkat sekolah bagi tahun 2014.

Antara objektif karnival ini, murid-murid:
i.
boleh menambahkan pengetahuan tentang kemahiran kawad kaki.
i.
dapat menarik minat murid-murid supaya menyertai aktiviti unit uniform yang dianjurkan.
iii.
dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan.

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Pasukan BSMM menghantar tiga pasukan, Pengakap Kanak-kanak tiga pasukan, TKRS dua pasukan, Pandu Puteri Tunas empat pasukan, dan Pergerakan Puteri Islam menghantar empat pasukan.

Pertandingan diadili oleh Puan Zuraini Ismail, Encik Hafiz Mohd Nor, Puan Parimala, Puan Nurliza Ab Rahman, dan Puan Nor Azura Asir manakala ketua pengadil ialah Encik Tarmiji bin Sabali.




Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:
Johan BSSM ialah Kumpulan Dua dengan 61.50 markah.
Johan Pengakap Kanak-kanak ialah Kumpulan Tiga dengan 72.75 markah.
Johan TKRS ialah Kumpulan Dua dengan 60.50 markah.
Johan Pandu Puteri Tunas ialah Kumpulan Empat dengan 73.25 markah.
Johan Pergerakan Puteri Islam ialah Kumpulan Tiga dengan 68.75 markah.
                                                                                                                                        
Johan keseluruhan ialah pasukan Kumpulan  Empat daripada Pandu Puteri Tunas. Kumpulan ini menerima piala pusingan. Kesemua ahli pasukan yang menang menerima medal daripada Encik Tarmiji bin Sabali yang mewakili Penolong Kanan Kokurikulum.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid dan guru yang memberi kerjasama yang baik dalam merealisasikan Karnival Kawad Kaki Unit Uniform 2014 ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan pada tahun-tahun hadapan, insya-Allah.

Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda,
Penyelaras Program.

Sumbangan Cat IdeaPaint Frogasia Kepada Pihak Sekolah

Pihak sekolah telah menerima sumbangan cat IdeaPaint daripada Frogasia atas penglibatan SK Taman Putra Perdana menyertai Peraduan Hoppin' Tunes yang bermula pada 6 Februari 2013 hingga 30 April 2013 yang lalu. SKTPP telah mendapat hadiah saguhati dalam peraduan ini dan menerima cat IdeaPaint untuk dicatkan pada dinding terpilih di sekolah pada keluasan 50 kaki persegi. Kerja-kerja mengecat telah dilakukan mulai semalam iaitu pada 22 April 2014.


IdeaPaint ini telah dicatkan pada sebahagian dinding Makmal Komputer 1. Dinding yang dicatkan dengan IdeaPaint ini berfungsi seperti papan putih. Syarikat Wall Tailor Sdn Bhd yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kerja-kerja mengecat selama dua hari di sekolah pada 22 dan 23 April 2014.

Berikut ialah paparan gambar kerja-kerja mengecat IdeaPaint di dinding Makmal Komputer 1:

Sebelum dinding dicat dengan IdeaPaint
Cat IdeaPaint yang digunakan
Kerja-kerja mengecat oleh wakil Syarikat Wall Tailor Sdn Bhd 




Cat lapisan pertama
Selepas dinding dicat dengan IdeaPaint 
Tn. Hj. Fuadi (PK Koku) dan Pn. Jamilah (PK HEM) memerhatikan hasil dinding yang telah dicat
Bergambar bersama Guru Besar
Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyumbangkan idea sehingga berjaya menghasilkan sebuah video Hoppin' Tunes tahun lepas. Semoga SK Taman Putra Perdana terus maju seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Frog Students Champion 2013 yang telah memberikan komitmen dalam melaksanakan setiap tugasan sehingga terhasilnya sebuah karya pendidikan yang berkonsepkan lagu bagi memperkenalkan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Frog VLE.

Frog Students Champion 2013